Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026
Foto - @zarazya (IG)

Foto - @zarazya (IG)

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menerusi platform Threads, mengakui sering melihat makhluk halus termasuklah puntianak yang kerap muncul di rumahnya.

Memetik kenyataan Zara, gangguan berterusan tersebut telah memberi kesan besar kepada kehidupan hariannya. Pelakon itu mendedahkan pernah bertemu puntianak yang digelar sebagai “Pon Pon”, mencangkung dan mengintainya memasak di ruang dapur.

View this post on Instagram

“Saya selalu nampak kabus, hitam dan bayangan saja. Kalau jelas seketul-seketul tu tak pernah. Yang selalu intai saya kat dapur tu pun bayangan. Saya tahu dia Pon Pon. Pakai baju putih tak berapa bersih dan mencangkung. Sibuk je.”

View this post on Instagram

“Apa yang membuatkan saya rasa takut adalah disebabkan wajahnya yang buruk. Memang sangat menganggu daripada segi mental dan fiizkal. Contohnya saya susah nak menghafal sebab dia kacau. Saya sudah lalui perkara ini lama dan sangat menyusahkan.”

Walaupun keadaan kini tidak seteruk berbanding dulu, Zara mengakui gangguan tersebut masih terjadi sekiranya emosi berada dalam keadaan kurang baik.

View this post on Instagram

“Saya ada pergi berubat tetapi mungkin Allah belum izinkan saya pulih sepenuhnya. Jangan seronok sangat sebab dia ada bila kita terlalu sedih atau marah berlebihan.”

View this post on Instagram

Dia juga tidak menolak kemungkinan apa yang dialaminya mungkin memberi kesan terhadap kehidupannya yang mahu mencari pasangan dan berumah tangga.

“Saya harap benda ini berkurang dan saya semakin sihat. Mungkin juga gangguan ini menyebabkan saya sukar untuk mencari pasangan hidup tetapi ia semua dengan izin Allah juga. Ini ujian Allah untuk saya sentiasa mengingatinya.”

Pada masa yang sama, Zara Zya turut memaklumkan bahawa hanya dirinya sahaja yang mengalami gangguan mistik dalam keluarganya.

Sakit Pinggang Selamatkan Nyawa – Zara Zya Tak Sangka Diserang Kanser Tahap Satu
zara zya
https://lomp.at/yhlgp
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara