Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Aku Pun Ada Silap” – Zarina Anjoulie Sudah Berdamai Dengan Kak Mel

Menyedari status mereka sebagai seorang ibu, Anju mengambil keputusan untuk melupakan persengketaan tersebut

by Khai Azfar
July 5, 2021
Share on Facebook

Selebriti sensasi Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa dia dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Dato Sri Aliff Syukri, Melati Abd Ghani atau lebih dikenali sebagai Kak Mell telah pun berdamai.

Anju & Melati Berdamai

Perkara itu dimaklumkan oleh Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menerusi hantaran di laman Instagram nya sebentar tadi.

“Takde faedah nak gaduh.aku dengan dia pun dua-dua ada anak..malu diorang tengok mak-mak gaduh macam ini. Pada followers Anju, Anju minta maaf ya semakkan korang tentang isu ini” tulis Anju

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam. Susulan itu, di laman Insta Live nya, Anju tampil menjelaskan lebih lanjut. Menurut Anju, dia telah menghubungi Melati bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai  punca perbalahan mereka seterusnya memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.

Akui Anju, sebelum ini dia pernah mengutuk dan mengecam tindakan Melati namun selepas menyedari status mereka sebagai seorang ibu, Anju mengambil keputusan untuk melupakan persengketaan tersebut. Namun begitu, Anju berkata dia akan memberi tempoh selama seminggu kepada Melati untuk tidak mengungkit kembali sebarang persengketaan mereka.

Sekiranya dia gagal berbuat demikian, Anju berkata dia tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang tanpa perlu mendedahkannnya kepada umum.

Melati Terkejut Dengan Tindakan Anju

Menjengah ke laman Instagram Melati, usahawan ini berkongsi beberapa hantaran yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Anju. Jelas Melati, dia tidak menyangka pelakon itu akan membuat video secara langsung di laman Instagram kerana difahamkan berdasarkan perjanjian mereka tiada sebarang muatnaik akan dimuatnaik selepas itu.

Topik Berkaitan "Sumpah Turn Off Gila, Sorry Anju, Unfollow Done"- Peminat Naik Hantu Dengan Zarina Anjoulie

Dalam kemaskini terbaharu, Anju sekali lagi memohon maaf sekiranya Melati telah menyalah sangka mengenai video secara langsung yang dimuatnaiknya. Enggan terus bertelagah, Anju turut mendoakan agar perniagaan Melati berjaya.

Terdahulu, Murai.my melaporkan Melati telah berkongsi status yang dimuatnaik oleh seorang pengikut Zarina yang memerlinya berikutan wajah Anju menjadi muka hadapan sebuah akhbar tempatan. Bagaimanapun, Melati membidas kembali kenyataan tersebut kerana beranggapan individu seperti nya tidak layak untuk berada di wajah hadapan akhbar berkenaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kak MelMelatizarina anjoulieZarina Anjoulie Melati
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara