• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ziela Jalil Akui Sudah Berkahwin Pada Februari 2019

by Khai Azfar
January 4, 2021
Share on Facebook

Setelah beberapa spekulasi hangat di media sosial memperkatakan mengenai dakwaan kononnya Datuk Ziela Jalil telah berkahwin buat kali kedua, akhirnya pengarah tersohor itu mengesahkan berita tersebut.

Berkahwin Pada Februari 2019

Menerusi laporan Harian Metro, Ziela telah berkahwin pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

Ihsan Ziela Jalil Via Harian Metro

Menurut Ziela, dia tampil mendedahkan perkara itu bagi mengelakkan spekulasi yang tidak benar mengenai dirinya dan keluarga setelah isu tersebut hangat diperkatakan.

“Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

“Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.

“Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.

“Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini

“Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia,” katanya kepada akhbar itu

Berahsia Kerana Ingin Tunggu Masa Yang Sesuai 

Dedah Ziela lagi, dia merahsiakan perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya dan hanya akan mendedahkannya apabila tiba masa yang sesuai. Namun, berita tersebut terlebih dahulu didedahkan oleh anak isteri pertama suaminya di laman Twitter.

“Rakan media yang rapat dengan saya sudah beberapa kali bertanya mengenai perkara ini. Tapi, saya cakap akan kongsikan apabila sampai waktu sesuai. Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama isu sebegini”

“Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya”

“Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri”

“Kalau betul mereka nak perkara ini didedahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini,” katanya lagi

Terdahulu, di laman Twitter seorang pengguna yang dipercayai anak perempuan kepada Syed Osman akui bahawa bapanya telah berkahwin dengan Ziela. Bagaimanapun, menurut gadis tersebut bapanya merupakan seorang individu yang bertanggungjawab dan mereka sekeluarga menerima kehadiran pengarah itu sebagai ahli keluarga yang baharu.

Difahamkan, perkahwinan Syed Osman Al Habshee bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata. Manakala, Ziela yang berkahwin dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

ziela jalilZiela Jalil KahwinZiela Jalil Syed Osman Al Habshee Syed Omar.
https://lomp.at/6zmcq
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore