Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zizi Kirana Menangis Pemergian Wartawan Palestin – “Bala Tentera Iblis Takkan Pernah Menang di Bumi Gaza!”

by Puteri Alia
October 14, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menzahirkan kesedihan mendalam atas pemergian wartawan Palestin terkenal, Saleh Aljafarawi yang syahid ketika membuat liputan di Gaza pada Ahad lalu. Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, kehilangan insan seperti Saleh amat dirasai, namun beliau percaya perjuangan itu tidak akan terhenti kerana akan ada lebih ramai individu sepertinya yang akan bangkit meneruskan perjuangan.

“Setiap kali gugur satu jiwa pejuang di bumi Gaza, akan lahir berpuluh lagi yang bangkit menggenggam semangat mereka terdahulu dengan jiwa lebih teguh. Selagi darah para syuhada mengalir menyuburi bumi barakah itu, ketahuilah, segala kezaliman, tipu daya dan kekuatan bala tentera iblis laknatullah tidak akan pernah berjaya menaklukkannya. Kerana bumi itu dilindungi janji Allah, dijaga keberanian insan-insan yang telah menyerahkan segalanya demi kebenaran,” tulisnya dalam Threads.

Luahan penuh emosi itu mengundang rasa hiba ramai pengguna media sosial yang turut bersedih mengenang keberanian wartawan muda tersebut. Rata-rata menyifatkan kata-kata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu sebagai satu peringatan yang menusuk hati agar dunia tidak melupakan kezaliman yang terus menimpa rakyat Gaza.

“Meremang baca kata-kata Zizi, begitu dalam maksudnya. Semoga Allah pelihara pejuang di sana,” tulis seorang pengguna.

“Biarpun mereka gugur, semangat perjuangan itu tidak akan pernah mati,” komen seorang lagi netizen.

“Terima kasih Zizi kerana terus bersuara. Dunia perlu tahu penderitaan yang sedang berlaku,” ujar seorang pengguna lain yang tersentuh dengan keberanian Zizi mengungkapkan solidariti secara terbuka.

Untuk rekod, dunia dikejutkan dengan berita kematian Saleh Aljafarawi, 28, wartawan Palestin yang terkenal dengan liputan-liputan berani dari Gaza yang didedikasikan untuk mendedahkan kekejaman tentera Zionis. Beliau dilaporkan ditembak tujuh das oleh anggota bersenjata ketika membuat liputan di kejiranan Sabra, menjadikan namanya antara ratusan petugas media yang telah terkorban dalam perang genosid Israel ke atas Gaza.

Tudung Direntap, Baju Dalam Digarit Tentera Israel, Zizi Kirana Dedah Detik Aib Dalam Tahanan

Dengan lebih 635,000 pelanggan di YouTube dan 251,000 pengikut di platform X, Saleh merupakan antara suara lantang dunia Arab yang tidak pernah gentar menyingkap kebenaran meskipun nyawanya sentiasa terancam. Pemergiannya bukan sekadar kehilangan besar buat dunia kewartawanan, tetapi juga satu tamparan buat dunia yang masih memilih untuk membisu.

zizi kirana
https://lomp.at/wvl7u
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore