Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zul Ariffin Batal Hijrah Ke Mekah Gara-Gara Jumpa Orang Mengarut

by Puteri Alia
October 29, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal Zul Ariffin akhirnya mendedahkan sebab sebenar di sebalik pembatalan hasratnya untuk berhijrah ke Mekah, yang sebelum ini dirancang atas urusan perniagaan. Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 39, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan isu kepercayaan serta keutamaan terhadap kerjaya lakonan yang kini semakin rancak di Malaysia.

“Kadang-kadang kita bersembang, kita rancang, kita gembira, kita kongsi dan kalau tak jadi, nak buat macam mana. Kita pun kadang-kadang jumpa orang mengarut yang Allah bagi. Saya rasa ketika itu saya tengah gembira selain pernah duduk sana pun beberapa kali, paling lama sampai tiga bulan. Rasanya itu hajat semua orang,” katanya ketika ditemui selepas tayangan filem terbarunya, Malam Terlarang.

Zul menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengambil risiko meninggalkan kerjaya yang telah dibina sejak usia 21 tahun semata-mata untuk menceburi bidang perniagaan yang belum pasti hasilnya.

“Saya enggan tinggalkan karier saya di sini sekarang. Kadang-kadang sebagai artis kita rancang nak buat bisnes, tapi bisnes bukan keluar berniaga terus jadi kaya. Kalau menjadi, alhamdulillah, tapi tak semua berjaya. Lagi pula saya bukan daripada keluarga peniaga,” katanya.

Aktor kelahiran Perak itu turut mengakui bahawa pengalamannya berurusan dengan individu yang tidak jujur menjadi antara punca dia menarik diri daripada rancangan tersebut.

“Sekarang ini tahulah di luar itu ada macam-macam orang mengarut. Agak buang masa, sedangkan karier saya sekarang pun okey, satu demi satu tawaran datang. Buat apa saya bazir masa dan beri komitmen pada benda tak pasti,” ujarnya dengan nada tegas.

Zul menambah, pengalaman itu menjadi pengajaran besar dalam kehidupannya dan kini dia lebih berhati-hati membuat keputusan terutama yang melibatkan masa depan.

“Ini padang saya dan saya gembira di sini. Untuk saya lepaskan fokus di sini atau mahu ke sana, perkara itu memerlukan sesuatu yang menyakinkan. Sekarang saya padam saja niat itu dan tolak tepi sebab saya tak nak bekerjasama dengan orang mengarut. Saya anggap benda itu fasa jumpa orang mengarut. Itu saja,” katanya bersahaja.

Sebelum ini, Zul pernah mendedahkan kepada media bahawa dia berhasrat berhijrah ke Mekah untuk menguruskan perniagaan mesin layan diri secara usaha sama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Singapura. Namun, pelan tersebut tidak diteruskan selepas beliau menilai semula risiko dan situasi semasa kariernya.

"Zul Ariffin Kurus Gila"-2 Kali Pitam, Hidung Berdarah, 20KG Hilang Dalam 60 Hari!

Dalam pada itu, Zul berkata dia kini memberi sepenuh perhatian terhadap filem baharunya, Malam Terlarang, arahan Labu atau Nurhanisham Muhammad. Dalam naskhah bergenre seram itu, Zul memegang watak seorang bapa kepada dua anak perempuan yang berdepan dengan gangguan mistik. Filem yang turut dibintangi Sofea Jane, Sabri Yunus, Shasha Abedul, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat dan Ailah Azizul itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober ini.

Zul Ariffin
https://lomp.at/9rlbf
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara