• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zul Ariffin Tampil Penjelasan Isu Kahwin Bersama Wanita Kelahiran Ukraine?

by Ayden Mikhael
January 12, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, desas desus khabar angin kononnya pelakon Zul Ariffin berkahwin dengan gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Zul Ariffin tampil menafikan dirinya berkahwin dengan gadis yang difahamkan seorang model menjadi tular gara-gara foto romantis dipercayai dimuatnaik Glembotska dalam IG Story beliau.

“Tiada maknalah… Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen. IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna… Maaf, saya tiada komen,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

Perkongsian itu diiringi keterangan berbunyi: “I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.”

(Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).

Kapsyen tersebut terus mencetus tanda tanya pada kalangan peminat Zul Ariffin. Pada Julai lalu, beberapa gambar mesra Zul Ariffin dan Glembotska tersebar di alam maya. Difahamkan, mereka berkenalan ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai di Phuket, Thailand.

Lebih menghangat gosip mengaitkan mereka berdua apabila foto dimuat naik oleh Zul dan Glembotska bagai menunjukkan lokasi dan masa yang sama.

Selain mengikuti akaun IG Zul Ariffin, Glembotska juga memuat naik gambar memeluk seorang jejaka yang dipercayai pelakon J Revolusi berkenaan. Gadis itu turut memuatnaik gambar ukiran tatu yang memaparkan nama Zul di jari manisnya.

“Saya mengenalinya ketika bercuti di Phuket, baru-baru ini. Kebetulan kami menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Dia hanya kenalan dan saya melayaninya sama seperti orang lain,” tambah Zul Ariffin.

Bagi murai.my, kalau dah suka dan sayang apa lagi? Jangan tunggu lama-lama Zul Ariffin, nanti dikebas orang. Kan perkara baik perlu dipercepatkan.

Zul Ariffin Batal Hijrah Ke Mekah Gara-Gara Jumpa Orang Mengarut
Tanya GlembotskaZul Ariffin
https://lomp.at/xubjm
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Zul Ariffin Batal Hijrah Ke Mekah Gara-Gara Jumpa Orang Mengarut

by Puteri Alia
October 29, 2025

Pelakon terkenal Zul Ariffin akhirnya mendedahkan sebab sebenar di sebalik pembatalan hasratnya untuk berhijrah ke Mekah, yang sebelum ini dirancang...

Read more
Gossip

Zul Ariffin Tampil Penjelasan Isu Kahwin Bersama Wanita Kelahiran Ukraine?

Read more
by Ayden Mikhael
January 12, 2019
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore