Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

10 Kematian Selebriti Legenda Termasuk Bruce Lee, Ada Konspirasi?

by Puteri Alia
August 2, 2021
Foto - Art Photo Limited/News Hub Asia

Foto - Art Photo Limited/News Hub Asia

Share on Facebook

Sebenarnya banyak kes kematian berkaitan dengan selebriti popular dan ternama di selubungi misteri, seperti kematian aktor legenda Bruce Lee, aktres Marilyn Monroe dan beberapa selebriti legenda yang lain.

Berikut merupakan konspirasi teori yang di petik dari Brilio, menunjukan bahawa kematian selebriti legenda ini sebenarnya bukan kematian biasa.

#1 Bruce Lee

Foto – South China Morning Post/News Hub Asia

Aktor legenda ini meninggal dunia ketika berada di rumah aktres Betty Tingpei, menurut Brilio Bruce Lee mengunjungi rumah aktres tersebut bersama seorang produser bagi membincangkan filem ‘Game of Death’ bersama aktres tersebut.

Bruce Lee yang kemudian mengalami rasa sakit kepala, meminta ubat sakit kepala dari Betty dan berehat di bilik aktres tersebut sebelum ditemui meninggal dunia di katil aktres tersebut.

Berdasarkan bedah siasat punca aktor tersebut meninggal dunia adalah kerana terdapat pembengkakan pada otak dan menyebabkan pelakon hebat ini meninggal dunia.

Yang menjadi tanda tanya peminat Bruce Lee sampai sekarang adalah, adakah betul laporan bedah siasat itu nyatakan atau sekadar konspirasi bagi menutup punca sebenar kematian aktor legenda tersebut.

#2 Marilyn Monroe

Foto – Art Photo Limited/Culture Trip

Kematian wanita jelita ini masih kekal misteri sehingga ke hari ini, ditemui meninggal dunia di atas katil rumahnya menimbulkan banyak spekulasi dan konspirasi.

Ada yang menyatakan Marilyn meninggal dunia kerana terlebih ambil ubat dan mengalami tekanan, dan ada pula menyatakan bahawa wanita cantik di bunuh oleh orang upahan John F. Kennedy.

Semuanya kekal misteri dan tidak dapat dirungkaikan sehinggalah ke hari ini.

#3 Natalie Wood

Foto – Biography/Pixels

Satu lagi kematian yang mengejutkan dunia adalah misteri kematian aktres Natalie Wood, wanita ini ditemui lemas ketika bercuti bersama suaminya Robert Wagner.

Kerana Perbezaan Warna Kulit, Priyanka Chopra Akui Pernah Jadi Mangsa Buli

Namun hasil bedah siasat menemui terdapat kesan lebam pada tubuh Natalie dan banyak bahan bukti dan pihak berkuasa tidak dapat menahan Robert Wagner. Malah sehingga ke hari ini kes kematian Natalie ditinggal sepi begitu saja.

#4 Bobby Fuller

Foto – Pinterest

Kematian penyanyi rock dan gitaris ini cukup misteri, Bobby ditemui mati di dalam rumah yang diklasifikan sebagai bunuh diri dan ianya berpunca dari gas gasoline yang tersebar di dalam rumah berserta cuaca panas.

Namun terdapat teori lain di sebalik kematian bintang muda ini, ada yang menyatakan bahawa penyanyi berbakat ini telah di bunuh di tempat lain. Tiada siapa yang tahu kebenarannya di sebalik kematian bintang rock ini.

#5 Brittany Murphy

Foto – InStyle/Pinterest

Wanita jelita ini dikhabarkan meninggal dunia kerana masalah kesihatan oleh suaminya, tetapi Brittany ditemui meninggal dunia kehabisan oksigen di dalam bilik mandi.

Namun pada tahun 2009 siasatan menyatakan wanita ini meninggal dunia akibat pneumonia dan anemia, tetapi berdasarkan penyelidikan pula menemui Brittany sebenarnya di bunuh dengan racun tikus. Misteri kematian aktres ini tidak dapat dirungkai sehingga kini.

#6 Robert Johnson

Foto – Wall Street Journal

Penyanyi lagu genre blues ini meninggal dunia semasa usianya masih muda pada 27 tahun, ramai yang menyatakan kematian penyanyi berbakat ini sangat mistik dan misteri.

Ada yang menyatakan Robert telah menjual rohnya kepada syaitan, sehingga kini misteri kematian pelatun lagu ‘Can’t You Hear The Wind Howl’ dan ‘Hellbounds On My Trail’ ini masih kekal misteri.

#7 Jimi Hendrix

Foto – Pinterest

Monika Dannemann mendapati teman lelakinya telah meninggal dunia apabila dirinya mengunjungi Jimi di kediamannya, berdasarkan keterangan pihak polis punca kematian gitaris ini adalah kerana sesak nafas.

Gurauan Sesama Rakan, Meerqeen Nafi Ke Hollywood- "Mana Ada Saya Cakap Nak Pergi..."

Tetapi berdasarkan analisa doktor pula menyatakan tubuh Jimi merupakan tubuh yang sihat tanpa sebarang penyakit, apakah punya atau penyebab Jimi sesak nafas sehingga meninggal dunia menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

#8 Bob Crane

Foto – Pinterest

Aktor popular ini pula ditemui meninggal dunia di pangsapuri rumahnya, siasatan mendapati Bob meninggal dunia akibat pukulan benda tajam. Dalam kes tersebut rakan baik Bob iaitu John Henry Carpenter disyaki membunuh aktor tersebut.

Tetapi setelah siasatan dijalankan tiada sebarang bukti menunjukan John membunuh Bob, dan kes tersebut tergantung sehingga kini kerana pihak polis di menemui siapakah pembunuh sebenar aktor popular tersebut.

#9 Jim Morrison

Foto – Wattpad/Pinterest

Jim ditemui meninggal dunia dalam tub mandi di Paris pada tahun 1971 dan waktu tersebut pihak polis tidak melakukan bedah siasat terhadap mayat Jim dan hal tersebut menimbulkan tanda tanya.

Dari situ terdapat pelbagai konspirasi teori yang menyatakan Jim meninggal dunia kerana terlebih mengambil dadah, kemudian pada tahun 2011 kekasih Jim iaitu Marianne Faithfull mengakui kekasihnya itu di bunuh oleh pengedar dadah.

#10 Nancy Spungen

Foto – Pinterest

Nancy merupakan ikon muzik pada tahun 70-an, wanita ini meninggal dunia akibat tikaman pisau pada perutnya dan berdasarkan penemui pihak polis pisau tersebut adalah milik Sid Vicious dari Sex Pistols yang merupakan teman lelaki Nancy.

Sid kemudian di tahan atas tuduhan membunuh, tetapi apabila siasatan dijalankan lebih mendalam bahan bukti menunjukan bahawa Sid bukan pembunuh. Sid kemudian dibebaskan dan 10 hari selepas kematian kekasihnya Nancy, Sid meninggal dunia akibat bunuh diri.

Rata-rata kematian selebriti legenda ini diselubungi misteri dan tidak menemui sebarang jawapannya, seram bukan!

artisbobby fullerBrittany Murphybruce leeHollywoodkematiankonspirasimarilyn monroenatalie wood
https://lomp.at/pvwvc
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara