• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

10 Lagu Seram Yang Akan Membuatkan Anda Merasa Seram Sejuk

by Jash Lee
August 14, 2021
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila bercakap tentang lagu-lagu seram, apakah yang terlintas difikiran anda? Biasanya, lagu-lagu yang seram akan membuatkan kita akan rasa meremang bulu roma bila kita terlalu menghayatinya dan akan terngiang-ngiang di kepala.

Ada beberapa lagu yang bukan jenis seramnya disebabkan oleh lirik atau melodi, sebaliknya menjadi seram disebabkan oleh kisah-kisah di sebalik lagu tersebut sehinggalah boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang pelik yang akan terjadi.

Disini kami senaraikan 10 lagu seram yang akan membuatkan anda merasa seram sejuk bila mendengarnya. jom kita tengok!

1. Seri Bunian (Tan Sri P.Ramlee)

YouTube video

Lagu ini adalah latu latar bagi filem ‘Sumpahan Orang Minyak. Lirik lagu ini dikatakan seperti menyeru puteri bunian untuk datang. Ada satu perkara yang terjadi gara-gara lagu ‘Puteri Bunian’ dimana seorang lelaki yang menyanyikan lagu ini tiba-tiba ternampak seperti seorang wanita yang cantik sedang melambai-lambai kepadanya. Lelaki tersebut terus lari masuk ke dalam rumah dan keesokan harinya dia pun demam. Kalau berani, anda nyanyilah lagu ini pada waktu malam.

2. Lingsir Wengi (Nurhana)

YouTube video

Lagu ini adalah lagu latar untuk filem seram Indonesia ‘Kuntilanak’. Lirik lagu ini dikatakan seperti memuja syaitan dan jin. Namun, ada juga yang mengatakan ianya merupakan doa dan banyak digunakan oleh ibu-ibu untuk menidurkan bayi mereka agar tidak diganggu oleh makhluk halus.

3. Nina Bobo

YouTube video

Irama lagu ini dihasilkan pada zaman penjajahan Belanda dekat Indonesia. Kisah disebalik lagu ini adalah di mana lagu ini dinyanyikan oleh seorang ibu, Mustika kepada anaknya yang bernama Helenina Mustika. Ini kerana anaknya sering menangis pada waktu malam. Akhirnya pada usia 6 tahun, Helenina meninggal dunia akibat penyakit misteri. Yang menjadi lagi misteri, ibu tersebut masih terus menyanyikan lagu ini di bilik air kerana dia merasakan anaknya masih hidup dan memintanya untuk menyanyikan lagu itu hingga akhirnya ibu tersebut juga meninggal dunia.

4. Menanti Kekasih (Alda Risma)

YouTube video

Penyanyi kepada lagu ini, Alda Risma pernah menjadi popular pada suatu masa dahulu dengan lagu ‘Aku Tak Biasa’. Lagu ini dihasilkan 3 hari sebelum polis menemui mayat Alda di sebuah hotel pada tahun 2006. Setelah bedah siasat dijalankan, pihak polis mendapati bahawa Alda telah meninggal dunia 7 hari. Apa yang menjadi tanda tanya dan misteri adalah bilakah lagu ini dihasilkan? Sehingga kini, lagu ini masih menjadi misteri. Manakan tidak, lagu ini disiapkan oleh orang yang telah meninggal?

5. Ulek Mayang (Wan Salmah)

YouTube video

Lagu ‘Ulek Mayang’ berkisah tentang seorang nelayan yang dirasuk oleh puteri laut di mana puteri laut itu telah jatuh hati kepada nelayan tersebut. Lagu ini dikatakan lagu pemujaan berikutan lirik lagu ini sendiri terutama di bahagian korus. Ada kisah disebalik lagu ini yang terjadi kepada sekumpulan pelajar yang mengambil keputusan untuk membuat persembahan lagu ‘Ulek Mayang’. Rakaman sebenar dinyanyikan oleh seorang sahaja pelajar dan dia juga telah diserang histeria sewaktu menyanyikan lagu ini. Apabila selesai proses rakaman, mereka terdengar seperti ramai yang menyanyikan lagu tersebut. Seram bukan?

6. My Way (Frank Sinatra)

YouTube video

Lagu ini merupakan salah satu lagu yang wajib dinyanyikan di pusat karaoke. Namun, di Filipina lagu ini umpama badi kerana setiap oarang yang menyanyikan lagu ini akan dibunuh atas alasan salah lirik, salah tempo atau sebagainya. Lagu ini dilarang untuk dimainkan atau dinyanyikan di seluruh pusat karaoke di Filipina.

7. Nang Nak

YouTube video

Lagu ini sebenarnya tiada lirik, hanya ‘humming’ seorang wanita yang seakan-akan sedang menangis. Lagu ini juga berkisah tentang seorang ibu yang mati sewaktu melahiran anaknya. Suaminya yang ketika itu sedang mengikuti peperangan, tidak tahu akan kisah yang terjadi kepada isterinya dan apabila dia pulang ke rumah, dia melihat isteri dan anaknya masih hidup. Namun, akhirnya dia mendapat tahu bahawa Nang Nak sebenarnya adalah hantu.

8. Sephia (Sheila On7)

YouTube video

Lagu ini merupakan lagu kegemaran ramai namun apa yang menyeramkan ialah kisah yang terjadi disebalik pembikinan lagu ‘Sephia’. Penulis lagu ini, Eross Candra iaitu gitaris untuk kumpulan Sheila On7, telah mendapat ilham apabila pada satu malam, dia mendapat panggilan telefon dari seorang wanita yang memperkenalkan dirinya Sephia. Sephia memberitahu bahawa dia berada di depan rumah dan apabila Eross mengintai di sebalik pintu, dia ternampak hanya gagang telefon yang terapung namun tiada orang. Dilaporkan Sephia sebenarnya sudah 2 bulan meninggal dunia kerana kemalangan sewaktu pulang dari konsert Sheila On7. Maka terciptalah lagu ‘Sephia’.

9. Cindai (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)

YouTube video

Ramai yang mengatakan bahawa lirik lagu ‘Cindai’ mempunyai banyak unsur-unsur seram. Dalam bahasa Minangkabau, maksud lagu ini ialah Pontianak. Namun, menurut penulis lagu ini, Hairul Anuar Harun, maksud ‘Cindai’ ialah kain sutera yang berbunga seperti ular sawa. Dikatakan juga, jika anda mendengar lagu ini pada waktu malam, anda pasti akan merasa seram sejuk.

10. Seksa (Ukays)

YouTube video

Misteri disebalik lagu ini ialah tentang seorang asrama yang telah menyanyikan lagu ini di dalam tandas. Tiba-tiba dia terdengar seperti ada suara garau yang turut menyanyi bersamanya. Namun, lirik “Walaupun lena ku panjang” telah ditukar kepada “Walaupun leherku panjang” kemudian, apabila pelajar tersebut menoleh ke atas, dia ternampak seorang lembaga dengan leher yang panjang sedang mengintainya.

Jadi, kalau anda nak tahu kesahihan lagu-lagu yang kami senaraikan ini seram atau tidak, cubalah untuk dengar dan hayatinya pada waktu malam seorang diri. Selamat mencuba!

laguseram
https://lomp.at/yazkc
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Afgan Kembali Dengan Album Baharu ‘Retrospektif’-“Selepas Bertahun-Tahun Bereksperimen..”

by Naddy Joe
November 21, 2025

Setelah tujuh tahun tidak muncul dengan album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Retrospektif....

Read more
Indonesia

Afgan Terbiasa Pakai Tasbih Digital Lepas Pulang Haji, Akui Zikir Buat Hati Tenang

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mengakui penggunaan tasbih digital untuk berzikir kini menjadi rutin hariannya setelah pulang menunaikan ibadah Haji pada...

Read more
by Naddy Joe
November 8, 2025
Musik

“Semoga Saja” Bukan Sekadar Lagu Cinta – Aisha Retno Dedah Kisah Sebenar!

Sejak kemunculannya dalam industri muzik pada 2018, Aisha Retno terus mencipta nama sebagai penyanyi berbakat besar dengan suara yang unik...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Musik

Raes Arifin Mulakan Langkah Seni Dengan Jalan Cinta

Raes Arifin, bintang program Gimme The Mic 2024, kini secara rasmi melangkah masuk ke industri muzik tanah air dengan single...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Musik

AirAsia Hausboom Festival 2025 Berjaya Satukan Artis Malaysia & Indonesia Dalam Satu Pentas

Festival muzik kegemaran ramai, AirAsia Hausboom Festival 2025 yang berlangsung pada hujung minggu lalu berjaya memukau ribuan peminat dengan persembahan...

Read more
by Naddy Joe
October 16, 2025
Musik

Irama Dua Dunia: “Hanya Doa” Satukan Mohderzam & Awang BPR Dalam Satu Nada

Nama Awang BPR bukan asing dalam industri muzik tanah air. Komposer “otai” ini terkenal dengan karya abadi seperti Segalanya Ku...

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Lokal

[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip

Konsert solo penyanyi, Hafiz Suip 'Di Sebalik Aku: Hafiz Suip' yang berlangsung pada Sabtu lalu berjaya memukau lebih 3,500 peminat di...

Read more
by Naddy Joe
November 7, 2025
Korea

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Dapatkan Tiket Konsert Jessica Jung di Malaysia

Tahun 2026 bermula dengan penuh gemilang untuk para peminat Jessica Jung! Golden Stars di Malaysia bakal menjadi antara yang pertama...

Read more
by Phic ARMAN
November 13, 2025
Musik

Andrigo: Suara Indonesia, Rasa Melayu! Hadir Dengan Rasa Sakit Rasa Rindu

Lagu terbaharu berjudul "Rasa Sakit Rasa Rindu" telah dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube rasmi Luncai Emas dan semua platform...

Read more
by Aphit J.
September 6, 2025
Indonesia

Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito Bakal Gegarkan Pentas Idea Live Arena KL Disember Ini

Tiga artis ternama Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal menggegarkan pentas dengan sebuah konsert hebat yang...

Read more
by Naddy Joe
September 10, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore