Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

10 Penyanyi Ini Tampil Dalam Sebuah Album Raya Khas!

by Khai Azfar
May 30, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, syarikat pengurusan artis Rocketfuel Entertainment telah mengadakan dua majlis serentak di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Lancar Album Raya 

Selain menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama sekumpulan anak-anak yatim daripada Rumah Perlindungan Nurhati, Rocketfuel Entertainment turut melancarkan sebuah album Hari Raya terbaru terbitan mereka yang berjudul ‘Sempurna Seadanya’. Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid, selain lagu ‘Seru Hari Lebaran’ nyanyian Syamel bersama Ernie Zakri dan juga lagu ‘Bersyukur Seadanya’ oleh Hael Husaini.

Boleh Dibeli Menerusi Platform Digital

Turut diselitkan bersama adalah dua buah lagu berunsur ketuhanan iaitu ‘Berserah’ nyanyian Zizan Razak dan Ismail Izzani serta ‘Maafkanlah’ oleh Syamel. Lagu ‘Seru Hari Lebaran’ dan ‘Sempurna Seadanya’ merupakan hasil gubahan komposer veteran S Atan dan lirik oleh Siso. Kedua-dua lagu ini berunsur tradisional namun masih mempunyai rentak moden.

View this post on Instagram

A post shared by Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (@rocketfuelent)

Manakala lagu ‘Bersyukur Seadanya’ pula adalah hasil garapan Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong dan ‘Berserah’ pula dicipta Alif For Magic Potions dan lirik dari Ariz For Talegas Production. Yang pasti kesemua lagu-lagu ini dijangka dapat membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri di kalangan pendengar Malaysia dan album tersebut boleh dibeli dan dimuat turun dalam bentuk digital. Tahniah Rocketfuel!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lagu Raya 2019rocketfuel entertainment
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara