• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

11 Tips Berbelanja Dengan Selamat Ketika Bercuti Di Bandung

by Phic ARMAN
February 21, 2020
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Musim cuti sekolah ni memang ramai orang Malaysia sudah menempah tiket penerbangan untuk bercuti. Bercuti ke Bandung, Indonesia boleh menjadi kesukaan ramai kerana terdapatnya tarikan seperti tasik kawah gunung berapi, Tangkuban Perahu dan paling penting ia merupakan lokasi popular untuk membeli-belah secara borong. Difahamkan membeli-belah di bandung sangat murah dan bagus.

bandung3Jadi kepada yang pertama kali akan ke Bandung, berikut merupakan tips dan panduan yang perlu anda tahu:

Elak Berkunjung Pada Hujung Minggu

Cuba elakkan pergi pada hujung minggu kerana orang terlalu ramai, sebaliknya pergi pada hari biasa kerana pelawatnya agak berkurangan walaupun tempat ini sentiasa dikunjungi orang.

bandung4

Bijak Memilih Barang Berjenama

Dago atau Jalan Dago adalah kawasan membeli-belah factory outlet kegemaran pelancong yang menjual barang-barang yang berjenama seperti Ralph Lauren, Burberry, Gucci, Hermes, Channel dan Armani dengan harga yang rendah. Kebiasaannya ada sedikit kecacatan kecil pada barangan ini. Jadi anda harus bijak memilih.

bandung2

Masuk Terus Ke Butik, Hiraukan Penjual Yang Memanggil Dari Luar Kedai

Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.

Elakkan untuk terpedaya dengan orang yang memanggil anda untuk masuk ke dalam kedai, kerana individu tersebut hanya mendapat wang dari tuan kedai sekiranya membawa pelanggan. Saya sarankan anda terus masuk ke butik dan berurusan dengan pelayan di dalam kedai tersebut.

Hati-hati di Medan Selera

Begitu juga di medan selera di tingkat atas, anda kena terus membuat pesanan ke kaunter bukannya melalui indvidu lain. Kemungkinan besar anda akan dikenakan harga yang lebih mahal jika tidak berhati-hati.

Datang Awal Tapi Tewas di Gate: 7 Strategi Elak Terlepas Penerbangan

Elakkan Bercakap Dengan Orang Tak Dikenali

Elakkan untuk bercakap dengan orang yang tidak di kenali di sini, kerana takut individu ini akan mempengaruhi anda untuk datang ke kedai kawan-kawanya juga, di mana kadang-kadang harga tidak masuk akal. Jadi hati-hati.

bandung5

Kek Kartika Sari Tiruan

Kartika Sari Bakeri- terkenal dengan kek lapis, brownies dan kek keju yang memang sedap. Mereka juga ada membuat penghantaran ke hotel-hotel. Anda harus berhati-hati , ramai peniaga yang mengaku menjual kek Kartika Sari yang asli tapis sebenarnya tiruan dan tak sedap.

bandung6

Tips Makan Nasi Padang

Nasi Padang Simpang Raya- menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan bersih dalam persekitaran yang lapang. Makanan ringan yang terkenal di sini adalah pisang molen dan jus avokado.

Mereka akan hidangkan kesemua lauk-pauk di atas meja, namun bayaran hanya di kenakan pada setiap pinggan yang anda pilih. Kalau boleh, pastikan anda habis sepinggan tersebut, jangan membazir.

bandung8

Penyeluk Saku

Berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan Pasar Baru. Elakkan berurusan dengan penjaja jalanan, elakkan membuka mulut untuk bertanya harga. Jika tidak anda akan diekori sepanjang perjalanan. Takut tak?

Sewa Kereta Dengan Pemandu

Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali. Selalunya, harganya berpatutan dan boleh tawar-menawar.

Jangan Kenakan Pakaian Terlalu Seksi

Jangan pakai baju yang terlalu mendedahkan badan kerana penduduk tempatan akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa.

bandung7

Naik Teksi Yang Bermeter

Jika menggunakan teksi pastikan guna meter, jika tidak menggunakan meter jangan naik kerana teksi akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk pelancong. Pastikan anda mempunyai wang yang kecil yang banyak, kerana takut pemandu teksi tidak memberi baki wang dengan alasan tidak ada wang kecil. Ini cuma helah mereka sahaja.

Travel Tempat Sejuk? Outfit Bundle Pun Boleh Nampak Macam Mahal

Gunakan Kad Debit Sebagai Alternatif Untuk Pembayaran

Jika anda pengguna kad debit, jangan risau kerana kebanyakkan butik dan restauran boleh menggunakan kad debit dari semua jenis bank di Malaysia. Tetapi anda harus maklumkan pada bank terlebih dahulu bahawa anda ingin membuka sekatan kad untuk digunakan di luar negara.

Pengeluaran wang dari mesin ATM juga boleh digunakan namun anda akan di kenakan caj sebanyak RM12 bagi setiap pengeluaran.

Bandingkan Harga Dengan Bijak

Jika anda membuat urusan tawar-manawar, bandingkan harga tersebut secara bijak. Pastikan anda membawa kalkulator jadi harganya lebih tepat jika dibandingkan hanya congak di kepala. Silap-silap anda akan ditipu. Difahamkan ada yang berjaya mengurangkan harga sehingga 50% jika bijak menawar.

Jadi selamat melancong ke Bandung dan jadilah pelancong yang bijak.

YouTube video
bandung]IndonesiapelanconganTipstravel
https://lomp.at/knb46
Share32Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore