Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

by Nurul A.
February 19, 2026
414
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA One-Off) yang diberikan secara sekaligus kepada semua rakyat.

Bersempena dengan pemberian bantuan ini, orang ramai dapat membuat persiapan bekalan makanan yang mencukupi bagi menyambut bulan Ramadan.

Pada masa yang sama, pihak Majlis Agama Islam bagi setiap negeri juga ada memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan, yang disalurkan melalui zakat secara tunai dan bantuan makanan khas untuk golongan asnaf.

Jumlah Bantuan Awal Ramadan 2026

Setiap pemohon tidak menerima jumlah bantuan yang sama. Bergantung kepada kategori masing-masing, penerima akan menerima nilai bayaran seperti:

  • SARA One-Off: RM100, bagi setiap orang tanpa mengira negeri
  • Bantuan Awal Ramadan (Zakat): RM100-RM1000, bergantung berbeza bagi setiap negeri

Syarat Kelayakan Penerima

Tidak semua rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini, kerana ia hanya diperuntukkan khas untuk mereka yang memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan seperti:

1. Penerima SARA One-Off:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Tiada had pendapatan
  • Kategori: Isi rumah, warga emas dan bujang (B40, M40 dan T20)

2. Penerima Bantuan Zakat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Kadar pendapatan di Bawah Garis Kemiskinan
  • Kategori: Isi rumah, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (golongan asnaf)
Topik Berkaitan Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

Semakan Kelayakan 

Bagi pemohon yang telah memohon bantuan-bantuan tersebut sebagai penerima, anda boleh menyemak kelayakan secara atas talian melalui portal rasmi seperti:

1. SARA One-Off:

  • Layari https://www.sara.gov.my/ 
  • Klik pada butang “Semakan Kelayakan”
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Klik butang “Semakan Status”
  • Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan

2. Bantuan Zakat (Layari pautan portal rasmi Majlis Agama bagi setiap negeri):

  • MAINPP (Pulau Pinang): https://zakat.mainpp.gov.my/skim-nur-ramadan/
  • MAIM (Melaka): https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/skim-bantuan-zakat
  • MAIWP (Wilayah Persekutuan): https://www.maiwp.gov.my/portal-main/home
  • MAIDAM (Terengganu): http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx
  • MAIK (Kelantan): https://ssba.e-maik.my/
  • MAINJ (Johor): https://ebantuan.maij.gov.my/main
  • LZNK (Kedah): https://www.zakatkedah.com.my/semakan-bantuan/
  • MAINS (Negeri Sembilan): https://mainsonline.mainsnet22.com/bantuan/statusbantuan.asp
  • MAIPk (Perak): https://yayasanperak.gov.my/ypcenter/
  • MUIP (Pahang): https://secure.zakatpahang.my/semakstatus/MulaSemakStatuseTaksir.aspx
  • LZS (Selangor): https://www.zakatselangor.com.my/semak/
  • MUIS (Sabah): https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/user/index.php
  • MIS (Sarawak): https://mis.sarawak.gov.my/web/home/index/

Maklumat lanjut, anda boleh merujuk pihak berwajib melalui talian-talian rasmi seperti SARA MOF (0377201800), MAIWP (0192004689), MAIM (062837416), MAIPP (042260305), MAIK (097481512), MAIDAM (096223500/ 01126612500), MAINJ (072243918/ 072282941), LZNK (0195739155), MAINS (0196235051), MAIPk (052549999), MUIP (094221311/ 01130163882), LZS (1300884343), MUIS (088279206), MIS (082507241).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuan awal ramadanbantuan zakatSARAsara one-offsumbangan asas rahmah
Share166Tweet104SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara