Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern Film Culture Foundation akan berlangsung pada 14-15 November 2026 di GSC Mid Valley.
12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma
Bertemakan “Aksi Kungfu Merentasi Budaya”, festival ini akan menayangkan 6 filem Malaysia serta 6 filem dari China dan Hong Kong, membolehkan penonton menghayati kepelbagaian filem kung fu dan aksi merentas latar budaya, zaman dan bentuk penceritaan.
Barisan filem antarabangsa merangkumi:
- “The Shaolin Temple” (1982)
- “The Way of the Dragon” (1972)
- “Ip Man 4” (2019)
- “Blades of the Guardians” (2026)
- “The Shadow’s Edge” (2025)
- “I Am What I Am 2” (2024)
Pilihan filem Malaysia pula terdiri daripada:
- “Gayong 1” (2025)
- “Mat Kilau” (2022)
- “The Assistant” (2022)
- “Kahar: Kapla High Council” (2024)
- “Tarung: Unforgiven” (2026)
- “Takluk: Lahad Datu” (2024)
“The Way of the Dragon” Penutup Festival Pada 15 November
Majlis penutupan festival akan berlangsung pada 15 November, pukul 4.30PM, di GSC Mid Valley. Filem kung fu klasik “The Way of the Dragon”, arahan dan lakonan Bruce Lee, dipilih sebagai filem penutup bagi melabuhkan tirai acara dua hari ini.
Untuk makluman, tayangan filem penutup adalah untuk tetamu jemputan sahaja.
Manakala sebelas filem lain dalam program Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 boleh ditonton secara percuma oleh orang ramai melalui pendaftaran tiket.
Maklumat Acara
- Acara: Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026
- Tema: Aksi Kungfu Merentas Budaya
- Tarikh: 14–15 November 2026
- Masa: Bermula pukul 10.00 pagi
- Tempat: GSC Mid Valley
- Kemasukan: Percuma. Imbas kod QR acara atau daftar melalui pautan pendaftaran tiket, kemudian ambil tiket di lokasi acara.
- Pautan pendaftaran tiket: Google Forms
Nota: Waktu tayangan dan aturan program tertakluk pada pengumuman muktamad penganjur.













