Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

12 Selebriti Popular Membuat Kejutan Dalam Dapur Chef Zam

by Ayden Mikhael
July 21, 2018
Share on Facebook

Seramai 12 selebriti popular tanah air bakal mempamerkan kebolehan masing-masing beraksi di dapur menerusi program masakan terbaharu, bermula Ahad ini.

Program yang dinamakan Dapur Chef Zam itu akan dikendalikan oleh chef selebriti terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan nama Chef Zam yang bakal membawa penonton menerokai pelbagai resipi menarik sepanjang bersiaran selama 12 episod.

12 artis yang diundang beraksi dalam Dapur Chef Zam kali ini dibarisi nama-nama besar seperti Neelofa, Datin Seri Umie Aida, Azrel Ismail, Saharul Ridzwan dan Zulin Aziz. Turut diundang, Amber Chia, Izzue Islam, Mark Adam, Adibah Noor, Haiza, Zara Zya dan Arja Lee.

Ia bakal disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey yang boleh ditonton menerusi saluran 109 Astro dan 110 MyTV. Selain mengendalikan rancangan itu sebagai chef dan pengacara, Chef Zam juga bertindak sebagai penerbit.

Menerusi setiap episod, penonton akan dihindangkan dengan tiga segmen berbeza iaitu Bakar dan Panggang, Ala Fusion dan Manis. Apa yang menarik, program secara santai dan bersahaja ini akan memberi tunjuk ajar kepada penonton untuk membuat transformasi hidangan yang dipanggil fusion dengan menyuntik elemen baharu dalam juadah tradisional.

Selain perkongsian resipi dan cara memasak, Chef Zam juga  akan memberi tambah nilai informasi dengan memberi tip-tip masakan yang berguna kepada penonton serta banyak rahsia serta teknik masakan juga diajar dan dikongsi.

Doktor Pasang Zikir Lepas Nampak X-Ray Zara Zya, Disangka Pakai Susuk!
adibah noorAmber Chiaarja leeazrel ismailchef zamHaizaIzue Islammark adamneelofasaharul ridzwanUmie Aidazara zyazulin aziz
https://lomp.at/8u2u7
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore