Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Minimalis & Naik Seri, Rupanya Begini Mekap ‘Glass Skin’ Ala Janna Nick Ketika Kahwin!

by Soph Azz
June 15, 2023
Foto - @babarabeer_makeup (IG)

Foto - @babarabeer_makeup (IG)

Share on Facebook

Tahniah dan selamat pengantin baru pada Janna Nick dan Dini Schatzmann!

Selain menganjurkan majlis perkahwinan yang dreamy, intim dan romantik; Miss Murai sangat tertarik dengan mekap yang dikenakan oleh Janna Nick pada hari tersebut. Mana taknya, mekapnya yang minimalis itu telah menaikkan seri pengantin dan kecantikannya secara semula jadi.

Kalau kamu nak tahu; mekapnya itu sendiri telah mencetuskan kontroversi apabila ada warganet ‘merisik’ harga pada makeup artist (MUA) itu sendiri. Mekapnya itu dikatakan telah mencecah harga sekitar RM10 ribu dan MUA itu sendiri ‘diterbangkan’ daripada negara Thailand.

Bagi Miss Murai, tak salah kalau kamu nak berhabis duit untuk mekap kerana ia akan buatkan kamu nampak cantik pada hari istimewa tersebut. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai bajet yang lebih; kamu boleh cipta semula mekap glass skin ala-ala Janna ketika hari perkahwinannya.

View this post on Instagram

A post shared by Babara Beer (@babarabeer_makeup)

Cara-caranya:

  1. Prep dulu wajah menggunakan pelembap dan primer bagi mengunci kelembapan, menutup cela serta pori. Untuk mudahkan kamu, boleh juga guna First Cream daripada MUA Babara Beer iaitu 2-in-1 pelembap dan primer.
  2. Kemudian sapukan foundation dalam kuantiti sedikit menggunakan berus. Sapukan dalam lapisan yang ringan dan pastikan ia tak nampak terlalu tebal di atas kulit.
  3. Untuk concealer pula, hanya sapukan di bahagian yang perlu ditutup seperti cela sahaja. Pastikan sapu dalam kuantiti yang sedikit dan blend secara ringan menggunakan berus.
  4. Bagi bronzer, highlighter dan blusher pula, elakkan daripada guna produk bedak. Tetapi pilih untuk gunakan produk berkrim untuk pastikan ia kekal lebih lama dan tak mudah ‘luntur’.
  5. Mekap bahagian mata, Miss Murai syorkan untuk pilih warna coklat lembut dan glitter untuk menonjolkan bahagian tersebut. Kening pula, hanya lukiskan atau isikan bahagian kening yang jarang secara ringan sahaja.
  6. Selepas selesai, kunci mekap dengan menggunakan setting powder. Sapukan di bahagian yang mudah buatkan mekap kamu menjadi crack seperti garis senyuman, dahi dan sekitar mata.
  7. Lengkapkan mekap glass skin kamu dengan lipstik berona pink atau coral.

Selamat mencuba!

[VIDEO] Gelagat Khai Bahar Suap Makanan Dekat Krew, Curi Perhatian Ramai!-"Bagusnya Dia"
babara beerjanna nickjanna nick kahwinmekap janna nickmua babara beermua thailandtunku tun aminah
https://lomp.at/mm82l
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore