Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

2 Rakyat Malaysia Mengaku Bersalah Terlibat Insiden Pengeboman Bali 2002, Sempat Taubat Setelah 2 Dekad Dipenjarakan

by Puteri Alia
January 26, 2024
Share on Facebook

Emosi luar kawalan dan tidak dapat me­ngawal kemarahan dikenal pasti punca berlakunya kebanyakkan insiden pembunuhan.

Kemarahan membuak secara tidak berkala (intermittent explosive disorder) atau tekanan perasaan boleh berlaku jika tidak memberikan perhatian awal dalam mengawal pengurusan marah dan kurang keyakinan diri dengan sempurna.

Lebih membimbangkan ialah ia boleh mendorong individu bertindak agresif hingga membunuh, meskipun berpunca daripada perkara kecil atau sebaliknya.

Dendam barangkali sudah berlaku sejak lama tetapi dipendamkan sahaja. Apabila sampai ke suatu peringkat, apabila sahaja marah tercetus, mulalah berlaku keganasan dan tindakan agresif yang hingga tanpa sengaja me­ngakibatkan kematian

Berbahas soal ini, baru-baru ini dua rakyat Malaysia yang mengaku bersalah minggu lalu atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada 2002 memohon maaf atas tindakan mereka dan memberi jaminan sudah berubah selepas lebih dua dekad dipenjarakan.

Memetik laporan penuh Berita Harian, Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, yang didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand mengaku bertanggungjawab atas tindakan terbabit dan menyedari ia perbuatan salah.

Kedua mereka berkata demikian ketika perbicaraan di Mahkamah Tentera semalam iaitu sehari selepas ahli keluarga sebahagian daripada 202 mangsa yang terbunuh dalam pengeboman itu menceritakan penderitaan yang dirasai sehingga hari ini.

“Saya mohon maaf. Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Saya bukan lagi orang muda yang cepat marah seperti dulu,” kata Mohammed Farik.

Sementara itu, Mohammed Nazir turut mengeluarkan kenyataan hampir sama dan turut mengaku kesilapannya.

“Saya kini insan lebih baik berbanding 20 tahun lalu. Saya belajar daripada kesilapan,” katanya sambil menambah ketika serangan itu berlaku, dia masih muda, tidak matang dan degil, selain mengaku kini makin matang seiring dengan peningkatan usia.

Memetik portal Benar News, menerusi kenyataan di mahkamah, Mohammed Farik, berkata ketika ke Afghanistan sebelum insiden pengeboman Bali, dia bimbang mengenai penderitaan umat Islam di seluruh dunia.

[VIDEO] “Anak Saya Hilang Tiga hari!’- Bapa Menangis Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh di Sibolga

Selain itu, dia memaklumkan bersetuju untuk memindahkan wang untuk membantu beberapa orang yang terbabit dalam serangan yang berlaku di pulau Indonesia itu, dua bulan sebelum insiden pengeboman terbabit.

Graduan jurusan seni bina di England itu berkata, ibunya mengajar mereka untuk taat kepada agama, memastikan mereka solat, jujur dan membesar menjadi insan baik.

Minggu lalu, kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pembunuhan, konspirasi dan tiga pertuduhan lain berkaitan pengeboman itu.

Sekadar info, Hakim memberitahu mereka berdepan hukuman penjara 20 hingga 25 tahun mengikut perjanjian prabicara.

Error happened.
baliIndonesiaMalaysiaPengeboman Bali 2002
https://lomp.at/uppnw
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara