Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

2 Saksi Lihat Zayn Rayyan Berseorangan Dan Masih Hidup 5 jam Selepas Dilaporkan Hilang

by Puteri Alia
December 14, 2023
Share on Facebook

Terkini dua saksi mendakwa ada terlihat Zayn Rayyan Abdul Matiin kira-kira 5 jam selepas kanak-kanak autisme itu disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember.

Dua saksi berkenaan dikatakan ada terlihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dalam keadaan berseorangan.

Memetik laporan berita online, mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata dua saksi berkenaan memaklumkan ada terlihat Zayn Rayyan antara jam 5 hingga 5.30 petang pada hari terbabit.

Menurutnya, kedua-dua saksi yang memberi petunjuk baharu itu dapat dikesan melalui pemeriksaan pintu ke pintu (mass screening) membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 8 Disember lalu.

“Melalui mass screening itu, pihak polis mendapati ada dua kanak-kanak terlihat mangsa berada di tingkat dua dan tingkat tiga di Blok R pada hari berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jantina dan umur kedua-dua saksi kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, katanya polis juga mengambil 10 lagi sampel DNA menjadikan jumlah terkini sebanyak 238 sampel.

“Setakat ini, kita juga sudah merakam keterangan 86 individu dan masih ada lagi individu yang akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya hari ini.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6 tahun, disedari hilang kira-kira jam 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, di blok kediaman mereka di Apartmen Idaman, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial selain membuat satu laporan polis pada jam 6.36 petang hari sama.

Terdahulu, media melaporkan polis mempertingkatkan siasatan termasuk pemeriksaan pintu ke pintu serta melakukan saringan sampel DNA beramai-ramai di Apartmen Idaman dan setakat Ahad lalu, polis selesai mengambil sampel daripada 228 individu.

Ia bagi membantu siasatan polis dalam merungkai kes pembunuhan kanak-kanak istimewa berusia enam tahun itu yang ditemui mati di sebuah anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya di Blok R apartmen terbabit.

Semalam, Hussein memaklumkan polis menemui sehelai sarung kaki dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyanditemui pada 6 Disember lalu.

Sarung kaki berkenaan berjaya ditemui selepas polis mengepam keluar air daripada kawasan takungan berkenaan, semalam.

Hussein berkata sarung kaki berkenaan akan diperiksa dan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.

Zayn Rayyan
https://lomp.at/arjt6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore