Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

20 Tahun Koma, ‘Sleeping Prince’ Putera Al-Waleed Mangkat Di Usia 36 Tahun

by Soph Azz
July 21, 2025
Foto - @allah_cure_dede (X)

Foto - @allah_cure_dede (X)

Share on Facebook

Buat pembaca Murai yang tidak tahu, putera Arab Saudi iaitu Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal Al-Saud yang dikenalii sebagai “Sleeping Prince” (atau “Putera Tidur”, telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 36 tahun selepas dua puluh tahun koma.

Putera Al-Waleed yang mesra dipanggil sebagai “Dede” oleh ahli keluarganya, telah mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta pada tahun 2005 ketika menghadari akademi tentera di London. Pada ketika itu, putera Arab Saudi ini baru berusia 15 tahun.

Foto – @allah_cure_dede (X)

Berita kemangkatan Putera Al-Waleed itu disahkan sendiri oleh ayahandanya iaitu Putera Khalid bin Talal Al-Saud menerusi hantaran di platform X baru-baru ini.

“{Wahai jiwa yang diyakini, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhaiNya, dan masuklah ke dalam kalangan hamba-hamba Ku yang soleh dan masuklah ke dalam Syurga Ku.}”

Foto – @allah_cure_dede (X)

Dengan memuat naik gambar Putera Al-Waleed yang terbaring dengan mata tertutup dalam gambar hitam-putih, Putera Khalid mengumumkan bahawa upacara pengebumian anakandanya itu berlangsung pada hari Ahad (20 Julai 2025) sam

“Dengan hati yang beriman kepada kehendak dan takdir Tuhan, dan dengan rasa sedih dan dukacita yang besar, kami meratapi putera kami yang tercinta, Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal bin Abdulaziz, yang telah meninggal dunia pada hari ini. Solat jenazah akan diadakan esok, Ahad 25/1/1447H bersamaan 20/7/2025. Ini akan dilakukan selepas solat Maghrib.”

Foto – @allah_cure_dede (X)

Putera Al-Waleed dilahirkan pada April 1990 telah mengalami kecederaan otak yang serius dan pendarahan usus. Putera Arab Saudi ini kemudiannya dihantar ke King Abdulaziz Medical City di Riyadh, Arab Saudi.

Topik Berkaitan [VIDEO] 'Sleeping Prince' Arab Saudi Genap 20 Tahun: Siapa Sebenarnya Al-Waleed Bin Khaled Bin Talal?

Dan selama dua puluh tahun koma, ayahanda Putera Al-Waleed memilih untuk mengekalkan mesin sokongan hayat dengan menegaskan bahawa hidup dan mati adalah di tangan Tuhan.

Salam takziah daripada Murai kepada seisi keluarga Putera Al-Waleed. Semoga roh Putera Al-Waleed dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman, Aamiin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Putera Al-Waleedputera al-waleed bin khalidputera khalid bin talal
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara