Hari ini, Instagram melancarkan ciri baru: anda kini boleh menyimpan gambar dari Instagram terus ke profil anda dalam galeri peribadi. Ciri baru ini memberi inspirasi kepada semua Traveller untuk rujukan mereka untuk perjalanan mereka akan datang.

Bagaimana ia berfungsi:

Pada profil anda, anda akan melihat tab baru di bahagian atas kanan dengan ikon “bookmark”. Tab ini akan membawa anda ke galeri peribadi foto khas untuk disimpan. Di mana sahaja sama ada di ruang time line anda, pada explore page, atau search kini mempunyai ikon “bookmark” di sudut kanan bawah. Klik ikon itu dan ia akan disimpan untuk dalam galeri anda yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Mengapa ia bagus untuk Traveller:

Sudah pastinya galeri foto anda sudah penuh dengan screenshot dari IG untuk dijadikan panduan semasa perjalanan nanti. Mesti terlalu banyak screenshot tempat nak pergi, tempat makan, dan hotel yang anda ingin lawati. Jika anda seperti saya, anda akan mendapat banyak inspirasi mengembara dari Instagram.

Sekarang, screenshot semua gambar dari IG bukan menjadi penting lagi, anda hanya boleh simpan ke galeri anda dalam IG dengan menekan simbol ‘bookmark’ . Dengan cara ini, apabila waktu anda ingin mencari sebuah hotel atau tempat yang baik untuk makan, anda tidak perlu untuk pergi mencari di galeri foto biasa dalam telefon anda. Hanya buka Instagram dan lihat semua foto-foto yang disimpan Terdapat hanya satu kelemahan utama: untuk melihat galeri, anda perlu berada dalam talian (sama ada berhubung dengan wifi atau menggunakan data).

Selamat berInstagram!!

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=ToFJykw1ksA

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry