Nasihat MURAI, sebelum lakukan diet ini pastikan kamu rujuk dan tanya pendapat pakar kamu ye.
Tahun 2026 hampir menemui penghujungnya. Biasanya pada bulan-bulan terakhir ini, ramai yang berlumba untuk merealisasikan goals masing-masing sebelum masuk tahun baru. Ada yang nak cantik, kaya, berjalan-jalan dan ada juga yang mahu kekalkan berat badan serta kempiskan perut buncit mereka.
Kalau kamu antara mereka yang mahu dapatkan badan impian, terutamanya mahu hilangkan perut buncit yang degil, MURAI sarankan kamu lakukan diet tembikai!
5 Hari Lakukan Diet Tembikai
Dipetik daripada Recipes Times of India, MURAI dapati diet tembikai ini perlu dilakukan selama lima hari untuk melihat keberkesanannya.
1. Hari Pertama
- Sarapan: 2 biskut gandum, 1 hiris tembikai, 1 cawan teh atau kopi
- Makan tengah hari: 100gm daging rebus tanpa lemak, 1 cawan tembikai
- Makan malam: 60g keju cottage, 1 mangkuk tembikai
2. Hari Kedua
- Sarapan: 1 potong tembikai, 1 biji epal atau sekeping roti gandum, 1 cawan teh atau kopi
- Makan tengah hari: 100g ayam rebus tanpa kulit, 1 hiris tembikai
- Makan malam: 100g ikan bakar, 1 keping roti gandum
3. Hari Ketiga
- Sarapan: 1 hiris tembikai, 1 keping roti gandum bakar, 1 cawan susu skim
- Makan tengah hari: 1 cawan sup kacang putih, 3 hiris tembikai
- Makan malam: Salad sayur, 2 hiris tembikai
4. Hari Keempat
- Sarapan: 2 hiris tembikai, 1 cawan teh hijau atau kopi, 1 biji telur
- Makan tengah hari: 1 cawan sup brokoli atau ayam, 1 keping roti, 2 hiris tembikai
- Makan malam: 3 biji kentang rebus
5. Hari Kelima
- Sarapan: 3 hiris tembikai, 1 cawan kopi atau teh hijau, 1 biji pisang
- Makan tengah hari: 150g daging rebus tanpa lemak, tembikai (kuantiti ikut keperluan)
- Makan malam: 1 keping roti, 60g keju cottage
Menurut Jessica Marcus, pakar nutrisi mendedahkan kaedah ini hanya mengambil masa yang singkat. Tetapi tak digalakkan untuk lakukan dalam jangka masa yang panjang kerana ia boleh memudaratkan.
Manakala untuk golongan kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit diabetes tidak digalakkan tau!



