Inilah padah jika tidak menghormati pemimpin negara. Najip Ali diberi masa sehingga Jumaat ini untuk memohon maaf secara terbuka dan laporan polis akan dibuat jika Najip enggan meminta maaf.

Semua ini berlaku selepas tindakan sebuah stesen televisyen dari Singapura, menyiarkan adegan mempermainkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

IKLAN

Dalam program bual bicara yang dikenali sebagai ‘Ok Chope‘ episod ke-26 yang memaparkan pengacara Vernetta Lopez, Sam See, Najip Ali, Rishi Budhrani dan Mike Kassim jelas sekali mempersendakan Najib apabila diminta melengkapkan ayat.

Kelihatan peserta seolah-olah tidak bersalah memberi pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersenda perdana menteri.

Presiden Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi mendesak penerbit rancangan itu meminta maaf secara bertulis kepada perdana menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan mereka.

Jika Najip enggan memohon maaf, kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia,” katanya.

Najip Ali kini muncul sebagai juri dalam Maharaja Lawak Mega 2017, rancangan komedi popular disiarkan setiap malam Jumaat di Astro.

Sikap Najip mempersendakan pemimpin negara amat memalukan. Difahamkan dia telah pun menutup semua laman sosialnya setelah berita ini tersebar luas dan selepas teruk dihentam oleh rakyat Malaysia.

Sumber