Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik oleh pelawak Farouk Hussain telah memaklumkan rakannya yang juga seorang pelakon Riezman Khuzaimi kini berada di Hospital Shah Alam.

Farouk menulis bahawa Riezman kini mendapat rawatan selepas paru-parunya dijangkit kuman.

Assalamualaikum kawan semua saya mohon doakan agar @riezmankhuzaimi kembali sihat walafiat.

Beliau kini berada di Hospital Shah Alam. Paru-paru dijangkiti kuman. Terima kasih atas doa kawan-kawan dan peminat-peminat Riezman Khuzaimi semua ya,

Terdahulu, isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad memberitahu Riezman dikejarkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat. Riezman mula tidak sihat dan mengalami demam berterusan sejak seminggu lalu.

Mari kita berdoa semoga Riezman kembali sembuh dari sakit yang dihidapinya.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry