Terkesima sekejap bila lihat budak lelaki ini beraksi di atas pentas. Budak lelaki ini bernama Xuingfei sememangnya lincah menari latin yang biasanya dilakukan oleh penari lelaki yang sudah dewasa.

Tanpa memerlukan pasangan menari, dia telah buatkan penonton bersorak dan terhibur. Difahamkan pada thaun 2016, dia menjadi popular secara mendadak di China gara-gara sebuah video yang merakamkan aksinya berlatih di studio tari.

IKLAN

Sebenarnya budak lelaki yang berusia 10 tahun ini menari latin kerana ingin menurunkan berat badannya. Kebanyakkan orang ramai terhibur melihat mimik mukanya yang mencuit hati.

Oleh kerana ini Xiongfei mendapat undangan istimewa di sebuah program TV mencari bakat di Amerika Syarikat. Program Tv itu bernama “Little Big Shot” bersama Hos Steve Harvey.

Xiongfei meraih gelaran “Latin Dance Little Fatty” kerana ekspresi Xiongfei ketika menari terlihat sangat lucu.

https://www.youtube.com/watch?v=DOVLHH5V68A

Sumber