Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas Pengerusi Demokrat China, Wanjun Xie memuat naik kenyataan di platform X.
“Kim Jong-un mengalami pendarahan otak yang teruk sehingga koma. Memandangkan keadaannya yang terlalu kritikal dan tempoh masa optimum untuk rawatan telah pun berlalu, Kim Jong-un akhirnya meninggal dunia.”
Pada masa yang sama, Wanjun juga mendakwa bahawa adik perempuan Jong Un, Kim Yo Jong, telah mengambil alih pemerintagan bagi menggantikan anak perempuannya, Kim Ju Ae.
Foto Terkini Kim Jong Un Buat Ramai Terkejut
Walaupun khabar angin itu belum disahkan secara rasmi, agensi berita Korea Selatan iaitu Yonhap telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan Pemimpin Korea Utara dan anak perempuannya menghadiri pameran perindustrian baru-baru ini.

Dalam gambar yang dikongsi Yonhap, Jong Un dilihat memakai sut gelap dan anaknya, Kim Ju Ae pula mengenakan sut skirt berona merah jambu pastel.

Untuk rekod, pada tahun 2020 terdapat banyak khabar angin yang serupa mendakwa pemimpin itu telah meninggal dunia selepas hilang dari pandangan umum selama beberapa bulan.











