Pelakon dan pelawak dari Singapura, Najip Ali telahpun memohon maaf secara terbuka selepas tindakan sebuah stesen televisyen dari Singapura, menyiarkan adegan mempermainkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Permohonan mohon maaf ini tidak berakhir begitu sahaja, Zed Zaidi telah menulis ‘twit’ di laman twitter, mencadangkan kajian semula kemasukkan artis dari Singapura ke Malaysia.

“Saya rasa tiba masanya mengkaji balik kemasukan artis luar terutama artis Singapura ke Malaysia”

Cadangan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini telah mendapat respon dari penyanyi nasyid Hafiz Hamodun yang tidak bersetuju dengan tindakan Zed, Hafiz bertindak balas menerusi laman twitter miliknya,

IKLAN

“Tak payahlah busuk hati bro. Orang dah minta maaf pun. Sudah-sudahlah.”

Menurut laporan berita dari MStar, Tindakan Zed itu dikecam oleh netizen yang dilihat seperti batu api bertujuan mendapat publisiti untuk kepentingan peribadi. Walaubagaimanapun Zed tidak berniat untuk bermusuhan dengan rakan artis dari negara luar sebaliknya mahu mereka menghormati budaya dan peraturan jika ingin mencari rezeki di Malaysia.

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry