Dunia fesyen akan terus berkembang dengan menghasilkan inovasi yang menarik buat pelanggan. Namun unik bagi inovasi seluar jeans ini dengan rekaan seolah-olah dilumuri lumpur.

Menurut artikel dari Daily Mail, seluar itu dijual secara online melalui lama sesawang jual beli Nordstrom. Seluar jeans tersebut merupakan keluaran PRPS yang bernama Barracuda. Jeans ini sebenarnya bukannya kotor sebab lumpur, namun hanya rekaan dan warna sahaja seakan-akan sebegitu.

Jeans berwarna biru dengan potongan lurus itu sengaja dibuat untuk memberikan kesan bahawa pekerja Amerika adalah orang yang hyperaktif. Namun apa yang aneh adalah jeans itu dijual berharga USD 425 atau sekitar RM 1,500.

Jeans berlumpur ini membuat para netizen sosial media heboh kerana produk ini kelihatan sangat aneh dan tak masuk akal.

IKLAN

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry