Thursday, December 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Kerana Mangga Masam Cicah Kicap Cili, Biar Betul Anzalna Mengandung?

by Soph Azz
May 2, 2017
Foto - Instagram/anzalnanaisr88

Foto - Instagram/anzalnanaisr88

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah menjadi norma masyarakat Melayu kita asal perempuan makan mangga masam, ramai akan membuat spekulasi ekspres bahawa itu tandanya si dia sedang mengidam atau hamil.

Situasi ini terjadi kepada seorang artis jelita ini yang dikatakan sedang mengandung gara-gara memuat-naik foto buah mangga bersama kuah cicahan kicap bercili tiga hari lalu di akaun Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/BTbg1ugh7ZY/?taken-by=anzalnanasir88&hl=en

Tulisnya sebagai kapsyen, 

Mak mertua kesayangan bagi mango apple. Dia tau menantu dia suka masam-masam. Thank you ma @normah_ismail Love u so much! ?

Seolah memberi petunjuk, ramai pula para pengikut Anzalna serta-merta girang lalu mengucapkan tahniah buatnya yang disangka sudah berbadan dua.

Walau bagaimanapun, telahan netizen itu sudah tersilap sebaik Anzalna sendiri menafikan bahawa dia sedang hamil ketika ini. Dia cuma berniat mahu berkongsi foto mangga itu kerana mangga adalah antara buah kegemarannya.

Seperti yang dilaporkan portal berita mStar awal pagi tadi, jelas Anzalna, “Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil.

View this post on Instagram

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

“Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya. Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri”.

Anzalna, telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Hanif Zaki pada penghujung Februari tahun lalu.

Sama seperti wanita lain, Anzalna tidak terkecuali memasang impian untuk mempunyai anak sendiri suatu hari nanti.

View this post on Instagram

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

“Soal anak saya serahkan kepada Allah dan kalau rezeki sampai ada lah nanti, malah saya tidak mahu terlalu ambil pusing kata-kata orang.

“Saya bahagia dengan kehidupan saya dan ingin berterima kasih dengan peminat yang sentiasa mendoakan agar kami cepat menimang cahaya mata,” tambahnya.

SUMBER

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Anzalna Disangka Mengandung Gara-Gara Muat Naik Foto Mangga & Kicap CiliAnzalna Muat Naik Foto Mangga Di InstagramAnzalna NasirgosipHiburanselebriti malaysia
Share5Tweet3SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terima Kasih Kerana Berani Menerima Cinta Daripada Lelaki Yang….”-Adam Sinclair

  2. 2

    [VIDEO] Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah!-“Ustazah Doakan Saya Lagi 3 Tahun Nak Masuk…”

  3. 3

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  4. 4

    Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

  5. 5

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes