Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Olabola The Musical Arahan Tiara Jacquelina Bakal Menggegarkan Istana Budaya

by Phic ARMAN
May 16, 2017
Share on Facebook

Kumpulan Enfiniti peneraju hiburan di Malaysia mengumumkan produksi terbaharunya, OlaBola The Musical. Diarahkan oleh produser yang memenangi anugerah dan pendokong seni persembahan Tiara Jacquelina, teater muzikal ini bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 22 Februari hingga 22 Mac 2018.

OlaBola The Musical adalah produksi asli terbaharu Enfiniti susulan kejayaan Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan MUD: The Story of Kuala Lumpur. Sebagai jaguh dalam penceritaan kisah-kisah Asia kepada khalayak dunia, Enfiniti sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan produksi inovatif berkelas dunianya. Muzikal ini akan menjadi peristiwa penting bagi Enfiniti kerana pengasasnya, Tiara Jacquelina bakal buat julung kalinya, berperanan sebagai Pengarah bagi produksi yang sangat dinanti-nantikan ini.

“Sekalung pujian kepada Chiu Keng Guan yang telah membentuk cerita indah ini ke layar perak dan secara teliti menggambarkan semula bagaimana negara ini berhimpun dan bersatu di belakang pasukan Harimau Malaya. Didorong oleh semangat filem ini, saya melihat peluang untuk membawa OlaBola ke pentas hidup untuk negara kita merasai semula dan mengalami pengalaman kisah Malaysia ini yang begitu mengispirasikan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Ini adalah satu daripada kisah seumpamanya yang harus dikongsi lagi dan lagi untuk berterusan memberi inspirasi kepada audiens baharu dan negara secara lebih meluas. Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kongsi kami, Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment kerana memberi kepercayaan kepada Enfiniti untuk mengadaptasi OlaBola ke pentas pula,’’ kata Tiara Jacquelina, pengasas Enfiniti dan Pengarah OlaBola The Musical.

Teater muzikal istimewa ini akan menjadi pementasan pertama di Istana Budaya yang kini sedang diubah suai pada Februari 2018. Enfiniti akan bekerjasama dengan pengarah muzik terkemuka, Saiful Ridzuan a.k.a. Duan of Seven Collared T-Shirt dan pereka set yang memenangi anugerah, Raja Malek, bersama pasukan produksi dan kreatif yang hebat, dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Menurut Tiara lagi, menonton OlaBola di pawagam mencetuskan emosi dan membawa mesej kuat yang saya rasa perlu dialami `secara langsung’. Wawasan yang kita ada untuk produksi ini akan pasti mengasyikkan audiens, yang saya percaya akan menyemarakkan perasaan rakyat untuk bersatu untuk OlaBola. Satu daripada cabaran terbesar kami ialah untuk mencipta semula dan menterjemahkan keadaan stadium yang dipenuhi 50,000 orang dari filem ke atas pentas, membawa audiens ke dalam suasana hangat sebuah perlawanan besar bola sepak. Saya benar-benar mahukan muzikal ini dipersembahkan di dalam suara dan bunyi yang biasa kita dengar hari ini, iaitu sesuatu yang segar dan berbeza berbanding yang telah kami persembahkan sebelum ini.”

Dan dengan itu, ia mencetuskan idea untuk mengadakan kolaborasi pertama kali dengan bakat-baka pemenang anugerah di dalam bidang mereka – komposer dan penulis lirik Mia Palencia dan rapper-penulis lirik Altimet. Peralihan saya ke bidang pengarahan sudah lama ditunggu tetapi ia dirasakan perubahan semula jadi selepas bertahun-tahun lamanya di dalam industi sebagai aktres dan produser. Dengan bantuan pasukan produksi saya, saya dengan penuh harapan memikul tugasan baharu yang mencabar dan menyeronokkan ini.’’

Astro merupakan Rakan Media Rasmi OlaBola The Musical. Hakcipta (IP) dilesen oleh Penerbit-penerbit Eksekutif Ola Bola, Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment bagi adaptasi muzikal OlaBola. Ditayangkan pada Januari 2016, OlaBola meraih RM16.5 juta dari segi jualan box office, menjadikannya filem No.1 di hati rakyat Malaysia. Filem ini diinspirasikan daripada kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980.

Dengan tema dedikasi, kecekalan dan ketabahan, filem ini memaparkan Malaysia pada 1980an di mana negara sedang mencari identitinya pasca kemerdekaan dan mengenal pasti potensinya. Pencapaian box offce ini berjaya menyemarakkan negara dengan semangat kebangsaan dan suatu penghargaan terhadap erti persahabatan pelbagai kaum antara pasukan Harimau Malaysia dan Malaysia.

Pembeli tiket awal bagi bagi Olabola The Musical ditawarkan pada harga istimewa RM120 untuk tiket bernilai antara RM250-RM300. Promosi ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula 25 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai tiket, lawat laman web www.olabolamusical.com.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: AstroAstro ShawEnfinitiGolden Screen CinemasIstana BudayaMUD: The Story of Kuala LumpurOlaBola The MusicalOlabola The Musical Arahan Tiara JacquelinaP.Ramlee The MusicalPuteri Gunung LedangSaiful Ridzuanteater muzikalTiara JacquelinaTiara Jacquelina teater muzikalViral
Share1Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”
Musik

Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”
Personaliti

[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Gilalah, Nasi Lemak RM0.90 Sen…., Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Selera

Gilalah, Nasi Lemak RM0.90 Sen…., Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Periksa Lidah Kamu, Kalau Warna Putih… Mungkin Berpunca Daripada Ini
Kesihatan

Periksa Lidah Kamu, Kalau Warna Putih… Mungkin Berpunca Daripada Ini

by Lisa Ghani
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan