Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, Anuar Faizal memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada orang ramai yang merasakan bahawa Anuar Faizal terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.

#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki olehAnuar Faizal yang kini sudah berada dipasaran. Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh Anuar Faizal semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai “AIR-FLEX”. Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, Fleksibel, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang Minimal; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.

IKLAN

Koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial

KEMBARA ANUAR FAIZAL

Demi meneruskan tradisi kempen fesyen Anuar Faizal, 2015 di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia dan 2016 di Jakarta, istimewa 2017, Anuar Faizal telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat di Kemboja.

Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar.

Mereka adalah Ariff Aziz, Nafiez Zaidi dan Qayyum Aminullah. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian kami adalah fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen kami.

Anuar Faizal merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh kerajaan Kemboja kerana di dalam keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, Anuar Faizal merasa amat terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.

Kempen ini lebih condong ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden adalah produksi Unisex Production dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari.

IKLAN

Anuar Faizal berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry