Sudah dua bulan pasangan ini melayari bahtera perkahwinan. Pelakon kacak Shahrnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor kini nampaknya masih berbulan madu dan mereka begitu romantis dalam gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Sharnaaz sendiri.

Salah satu adalah video yang dikongsi olehnya di Instagram baru-baru ini di mana aksi manja isterinya memeluk erat Sharnaaz ketika duduk bersantai bersama keluarga. Menerusi kapsyen dalam video tersebut, Sharnaaz menulis:

IKLAN

Abaikan perbualan itu.. itu namanya perbualan org belagak belagak dan taman megah.. tapi yg kongkang dok peluk tu.. haih lah isteri ku sayang @noornabila

Kebanyakan followers pelakon kelahiran Pulau Pinang itu melahirkan perasaan teruja melihat kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini dan mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jannah.

Tak kurang juga ada peminat yang merasakan aksi isterinya itu seperti tidak sesuai ditayangkan secara umum.

Walaubagaimanapun tak salah kongsi saat-saat bahagia dengan peminat. Suami isteri begini la, kena sentiasa menyemarakkan rasa cinta di antara satu sama lain.

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda