Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Lelaki Ini Bawa Poster ‘Gadis Shell’ Nor Shafila Ke Rumah Buat Tatapan

by Zaidin Albert
July 5, 2017
Share on Facebook

Nor Shafila Khairusalleh, seorang pengurus di sebuah stesen minyak Shell di Tronoh, Perak, adalah gadis yang menjadi sebutan netizen masa kini selepas gambarnya dalam poster bagi kempen BonusLink ‘Everyday Bright Moments’ yang diadakan akhir tahun lalu.

Kredit Foto: Astro Gempak

Replika tubuhnya memegang sebotol air mineral ( dengan gelaran ‘Gadis Air Mineral’) ditempatkan di beberapa stesen minyak Shell di seluruh negara.

Gadis berusia 27 tahun itu semakin terkenal apabila dia menjadi viral di media sosial kerana beberapa pelanggan berkongsi gambar di media sosial di mana rata-rata mereka agak terkejut dan takut lihat posternya kelihatan terlalu realistik.

Walau bagaimanapun, tindakan sesetengah pelanggan menyalahgunakan poster itu untuk dijadikan bahan jenaka. Nor Shafila, mengakui kesal kerana ada segelintir pelanggan yang sanggup melakukan aksi tidak senonoh dan memalukan ketika bergambar bersama posternya.

Kredit Foto: Astro Gempak

Susulan dari kejadian itu, Shell telah memutuskan untuk menghapuskan replika promosi itu dari semua premisnya. Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, 3 Julai, Shell (M) Bhd berkata ia menyedari bahawa gambar-gambar “sedemikian” itu beredar dalam media sosial.

“Kami kesal dengan perbuatan tidak senonoh ini, yang mencemarkan budaya rakyat Malaysia. Replika tersebut akan dikeluarkan dari semua laman web kami dengan segera.”

Dalam pada itu, selepas replika di keluarkan dari premis, ada segelintir pelanggan yang membawa replika ini ke rumah untuk dijadikan hiasan, Tindakan sebegini seolah-olah isu ini seperti tidak ada noktahnya. Gambar gadis ini masih tersebar dengan gelagat-gelagat sesetengah indvidu yang tidak senonoh mencabuli poster tersebut.

https://lomp.at/yeht7
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara