Penyanyi, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok kini menceburi satu lagi bidang perniagaan apabila penyanyi ini telah memiliki salah satu francais minuman berasaskan bubble yang terkenal, Chatime.

Majlis perasmian telah diadakan di Chatime Aeon Shah Alam pada Ahad lepas ditemani oleh isteri dan anak – anak beliau dan turut dihadiri selebriti terkenal seperti Dato Rosyam Nor.

“Siapa sangka sebelum ini saya hanya peminat minuman chatime dan sekarang memiliki franchise minuman kegemaran rakyat malaysia ini.”

Sebelum ini Tomok bersama – sama isteri beliau telah mengusahakan pakaian wanita berjenama sendiri iaitu Arriandra.

IKLAN

Ingin Tomok mengambil pesanan dan membuat minuman kegemaran anda? Jangan lupa untuk ke Chatime Aeon Shah Alam milik beliau

Sumber dan gambar Instagram Tomok

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry