Pelakon yang juga bekas ahli kumpulan Sleeq, Syarif telah menimang cahaya mata nya yang kedua. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Syarif menerusi beberapa keping gambar di Instagram beliau.

” Alhamdulillah. Our prince was safely delivered on the 6th of August at 1411hrs. Welcome to this world my love. Thank you all for the well wishes and prayers..”

IKLAN

Sebelum ini, Syarif dan isterinya, Malaque mempunyai anak perempuan bernama Selma Malika yang kini berusia 2 tahun.

Rata – rata peminat Syarif membanjiri Instagram miliknnya dengan ucapan tahniah. Pelakon yang berasal dari Singapura ini turut berkongsi gambar sebahagian wajah anak lelaki nya.

Jutaan tahniah diucapkan buat Syarif dan keluarga. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.

Sumber Instagram Syarif Sleeq

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda