Jutawan kosmetik dan juga penyanyi Dato Seri Vida menyatakan hasrat beliau untuk bekerjasama dengan artis sensasi Indonesia, Syahrini. Syahrini meraih perhatian ramai di laman sosial berikutan perkongsian gaya hidup mewahnya di mana dia baru sahaja mengadakan persembahan Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati.

DSV berasa teruja dan gembira dapat bertemu Syahrini baru-baru ini dan memberitahu mereka berdua bercadang mahu mengadakan konsert duet di Istana Budaya. Menurut Syahrini, dia akan datang sekali lagi ke Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan bersama DSV.

“Kepada semua peminat Dato Seri Vida, aku akan datang sekali ke Kuala Lumpur untuk buat persembahan bersama penyanyi kesayangan anda ini”, katanya di video Instagram

IKLAN

Sebelum ini, DSV yang hadir sebagai penonton menghangatkan lagi Konsert Nova 2017 dengan gelagat trademark-nya ketika Princess Syahrini sedang melakukan persembahan, menarik perhatian artis itu sekaligus menjemputnya naik ke atas pentas.

Persamaan antara kedua-dua selebriti ini adalah  mereka gemar berkongsi gambar aktiviti hariannya selain barangan berjenama dimiliki seperti beg tangan jenama gah edisi terhad, banglo hingga kereta peribadi yang membuktikan dirinya bertaraf jutawan.

Sumber Instagram DSV

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry