Di dalam sidang media yang sama sebentar tadi (22 Ogos), penyanyi Hafiz Hamidun turut mengulas berkenaan tuduhan khabar angin yang mengatakan beliau sebenarnya sukakan kaum sejenis.

Menurut Hafiz, selagi mana-mana tuduhan terhadap beliau tidak menjatuhkan reputasi dan kariernya, beliau masih lagi boleh bersabar.

Tetapi jika tuduhan tersebut melampau, Hafiz melalui peguamnya tidak akan teragak – agak untuk memfailkan saman malu terhadap mana-mana pihak yang membuat dan menyebarkan tuduhan yang tidak berasas tersebut.

Menyingkap kembali sidang media tersebut, Hafiz Hamidun turut mengaku bahawa beliau tidak pernah ‘menjalani bahtera’ bersama isterinya kerana masih ragu-ragu dengan status Joy Revfa.

Ketika ditanya jika mahkamah membuat keputusan bahawa perkahwinan mereka dikira sebagai sah, adakah beliau akan meneruskan hubungannya dengan pemilik jenama Merve itu, Hafiz menjawab ;

IKLAN

” Kalau boleh saya mahu teruskan tetapi setelah apa yang berlaku, saya hanya mencari jalan yang terbaik..”

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry