Suatu ketika dahulu nama Faizal Ramly disebut – sebut sebagai juara program realiti tv, Akademi Fantasia musim keempat.

Namun selepas itu, namanya tenggelam dan hangat diperkatakan kembali apabila sudah berkahwin sebanyak tiga kali. Mengganggapnya sebagai tiada jodoh, Faizal tekad untuk menaikkan kembali namanya di dalam industri hiburan yang juga terpilih sebagai salah seorang dari 24 pelajar Akademi Fantasia Megastar 2017.

“Jujurnya saya ‘penat’ sebab dah berkahwin sebanyak tiga kali. Sekarang ni saya tak nak fikir lagi, biarlah saya fokus pada diri sendiri pula,”

Semenjak bercerai dengan bekas isterinya, ramai wanita cuba mendekatinya, namun beliau menolak secara baik.

Serik bukanlah bermakna pintu hatinya ditutup buat selama – lamanya. Namun bagi Faizal beliau menganggap semuanya ketentuan dari Tuhan.

Sementara itu, Faizal mengakui semenjak bercerai dia pernah didekati beberapa wanita yang ingin berkawan dengannya namun dia menolak secara baik.

IKLAN

Bagi yang merindui suara Faizal AF4, jangan lupa untuk saksikan beliau dan bintang – bintang Akademi Fantasia yang kini kembali berentap untuk merebut gelaran Juara AF Megastar 2017 bermula pada 3 September ini di Astro Ria.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry