• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Personaliti TV9, Amin Hayat Kongsi Pengalaman Bergelar Alopesian

by Phic ARMAN
August 26, 2017
Share on Facebook

Siapa sangka imej membotakkan kepala oleh Arwah Julia Perez suatu ketika dahulu telah menarik perhatian Amin Hayat Abdul Rahim, 35, Pembantu Editor di Berita TV9. Jejaka yang pernah dipilih Top 10 Most Stylish Men 2010 oleh majalah Glam Lelaki ini mengaku membotakkan kepala setelah membaca kisah Jupe.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Bagi yang mengenali Amin, pasti sudah mengetahui beliau merupakan pesakit Alopesia atau nama lain ialah botak. Bagi Amin, bergelar “Alopesian’  merupakan satu pengalaman mengajarnya erti sabar, redha dan sentiasa berfikiran positif. Dibelenggu dengan masalah itu, beliau sering berada dalam dilema mengenai penerimaan masyarakat.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

“Persoalan demi persoalan, adakah saya diterima lagi untuk bersiaran sebagai seorang penyampai berita? bagaimana pula  penerimaan masyarakat terhadap imej baru saya ketika itu? adakah saya ditakdirkan berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat saya?”

Alhamdulilah berkat doa kedua ibu bapa saya, sokongan dari teman teman, saya cuba bangkit berdepan situasi ini. Syukur rasanya mendapat majikan yang bersifat terbuka dalam membantu saya dalam menerusakan karier saya tanpa halangan. Terima Kasih Puan Wan Sabariah Shikh Ali, Editor Eksekutif berita TV9 dan pengurusan kanan, Berita Hal Ehwal Semasa Media Prima yang memberi sokongan kepada saya untuk bersiaran dengan imej botak.

Berkenaan dengan Alopesia, ia bermula pada tahun 2014. Tetapi waktu itu, masalahnya tidak terlalu serius dan ia berhasil sembuh secara semulajadi. Namun, pada awal tahun 2016, Alopesia itu bertambah kritikal berkemungkinan kerana faktor stress sehingga ia menjadi kronik.

View this post on Instagram

A post shared by AminHayat Rahim (@aminhayatrahim)

Susulan dari masalah ini, Amin telah bertemu Dr. Lim Tingsong dari Clique Clinic yang memberikan khidmat nasihat dan rawatan yang sepatutnya.

View this post on Instagram

A post shared by AminHayat Rahim (@aminhayatrahim)

Serangan Alopesia yang dihidapi oleh Amin adalah daripada kategori Areata iaitu berkaitan dengan “auto-immune”. Kerana mahu badan tegap atau “sado”  seperti individu yang sering ke gymnasium, Amin mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein. Selain itu, dia turut mengambil steroid untuk dimakan dan dicucuk pada bahagian badan bagi mendapat kesan yang lebih cepat.

Sepanjang tempoh setahun, saya telah melakukan beberapa rawatan khas berkaitan Alopesia. Setiap rawatan ini perlu dilakukan oleh pakar dalam bidang dermatologi bagi mengelakkkan sebarang kesulitan. Ahamdulilah selepas mencuba dan terus mencuba tanpa berputusa asa, rambut saya sudah kembali pada sedia-kala. Biarpun rawatan ini memakan masa lebih satu tahun, namun hasilnya memberangsangkan.

View this post on Instagram

A post shared by AminHayat Rahim (@aminhayatrahim)

Namun demikian, Amin menyarankan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat, sentiasa positif, mampu menguruskan stress dengan lebih baik dan yang paling penting, hubungan dengan sang pencipta perlu dibaiki kerana setiap ujian dugaan atau ujian itu sebenarnya peringatan kepada diri kita.

Dalam kempen kesedaran Alopesia ini, Amin berharap dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah yang sama sepertinya. Selain itu, memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang sebetulnya bukan tertipu dengan produk atau servis yang menawarkan rawatan Alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.

Insyallah, satu hari nanti saya merancang untuk mewujudkan “support group” khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia. #adajalannya.

Bertanya mengenai penjagaan kesihatan dan penampilan, Amin akui ada menjalani Hydrotherapy ais di @cvtmalaysia iaitu terapi getaran warna, satu kaedah perawatan penyakit berasaskan sains fizik dan berkonsepkan Islamisasi ilmu yang menilai tahap-tahap spiritual, emosional, mental dan fizikal seseorang ke arah keseimbangan semulajadi secara tepat dan menyeluruh. Selain itu, Amin turut mengambil pati minyak semulajadi @amindoterra untuk kesihatan dalaman.

adajalannyaalopesiaamin hayatclique clinicjulia perezjupepersonaliti TVtv9
https://lomp.at/q71b0
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Cinnamon Roll Hasil Tangan Qadejah Dipuji,- ‘Bab Bakery Dia Menang’

by Ayu Kamaruddin
December 23, 2025

Video masakan Cinnamon Roll  oleh Qadejah El Zahra Aliff Syukri atau lebih mesra dipanggil Qadejah, anak kepada pasangan Datuk Seri...

Read moreDetails
Inspirasi

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Hebat Bersama Yayasan Nurjiwa

by Phic ARMAN
December 24, 2025

Penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencuri perhatian apabila Yayasan miliknya, Yayasan Nurjiwa, menerima Anugerah Yayasan Terbaik...

Read moreDetails
Automotif

Wakaf Kereta EV Untuk Madrasah, Ini 5 Kisah Inspirasi Tentang WAWO, Pengasas Go Auto

by Phic ARMAN
December 27, 2025

SosialBuzz kali ini membawa kisah inspirasi kepada pembaca MURAI tentang seorang usahawan yang memilih untuk berjaya dengan cara tersendiri. Di...

Read moreDetails
Inspirasi

Norman Hakim Bangga, Anak Perempuan Tapau Anugerah

by Ayu Kamaruddin
December 22, 2025

Nama Mohamed Norhakim bin Zaidon atau Norman Hakim dan Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi sekali  lagi mencuri perhatian warganet, kali...

Read moreDetails
Inspirasi

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore