Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

by Farah Fatihah
June 28, 2026
Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

405
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebun Rimba Private Estate merupakan sebuah penginapan persendirian berkonsepkan alam semula jadi yang terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Dikelilingi kehijauan hutan serta suasana yang cukup damai, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin berehat, meluangkan masa bersama keluarga atau sekadar menikmati ketenangan alam.

Menariknya, kawasan seluas hampir 100 ekar ini bersempadan dengan Hutan Simpan Tropika Lentang. Apa yang lebih mengagumkan, sebahagian besar kawasan di sini dahulunya merupakan ladang getah sebelum ditanam semula dengan pelbagai spesies pokok hutan tempatan oleh pengasasnya selama beberapa dekad.

Kini, kawasan tersebut telah berubah menjadi sebuah kawasan hijau yang cukup menenangkan sehingga sukar untuk membezakan antara hutan semula jadi dan kawasan yang ditanam semula.

Pilihan Penginapan Untuk Pelbagai Keperluan

Di Kebun Rimba Private Estate, terdapat beberapa pilihan penginapan yang boleh dipilih mengikut jumlah tetamu dan cita rasa masing-masing.

Grand Villa

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Vila mewah ini mempunyai enam bilik tidur dan turut dilengkapi dengan ruang acara yang dikenali sebagai Anjung. Ruang tersebut mampu memuatkan sekitar 150 hingga 200 orang pada satu-satu masa.

Grand Villa juga mempunyai kolam renang persendirian, kemudahan barbeku serta dapur terbuka yang sesuai digunakan untuk demonstrasi masakan atau majlis khas.

Old Malaya

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Jika kalian ingin merasai suasana kampung tradisional, kawasan Old Malaya menyediakan pengalaman menginap di rumah-rumah kayu Melayu klasik.

Topik Berkaitan Dari Kedah Hingga Sabah, Ini Makanan Yang Wajib Kamu Cuba Apabila Ke 6 Negeri Ini

Kawasan ini dihiasi dengan laluan berbunga, kolam ikan, air pancut dan air terjun kecil yang menjadikan suasananya cukup nyaman untuk berjalan santai pada waktu petang.

Rumah Kedah

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Rumah dua bilik ini dibina berinspirasikan rumah kampung Melayu dan sesuai untuk empat hingga enam orang tetamu. Ia dilengkapi dengan ruang tamu yang luas serta dek luar rumah untuk pengunjung menikmati pemandangan sekeliling.

Rumah Penghulu

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Rumah Penghulu mempunyai nilai sejarah tersendiri kerana rumah ini dibina kira-kira 150 tahun lalu di Kedah sebelum dipindahkan ke Kebun Rimba.

Rumah ini masih mengekalkan ukiran tradisional Melayu yang asli, selain mempunyai ruang tamu yang luas dan bilik tidur besar dengan dua katil bersaiz king. Bilik air separa terbuka turut disediakan bagi mengekalkan suasana rumah tradisional.

Rumah Nordin

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Rumah ini pernah dimiliki oleh pelakon legenda tanah air, Allahyarham Nordin Ahmad. Kini, rumah tersebut dijadikan sebagai salah satu pilihan penginapan untuk tetamu.

Dengan konsep ruang terbuka, Rumah Nordin sesuai untuk dua hingga empat orang.

The Pines

The Pines merupakan sebuah kotej satu bilik yang terletak di kawasan lebih terpencil dan dikelilingi pokok-pokok besar. Penginapan ini sesuai untuk mereka yang mahukan suasana lebih privasi sambil menikmati keindahan alam.

Lady Amherstia

Gambar: Official Website @Kebun Rimba Private Estate

Kotej moden ini dinamakan sempena pokok Lady Amherstia Nobilis yang tumbuh berhampiran kawasan tersebut. Ia boleh memuatkan sehingga empat orang tetamu dan sesuai untuk keluarga kecil atau pasangan.

Topik Berkaitan Maamor Jantan Bawakan Keunggulan Seni Cat Air ke Janda Baik

Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung

View this post on Instagram

Selain menikmati suasana alam semula jadi, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berada di sini.

Antara aktiviti yang sering menjadi pilihan ialah mendaki ke Air Terjun Lata Tampit yang terkenal dengan tujuh tingkat air terjun. Untuk sampai ke lokasi ini, pengunjung hanya perlu berjalan kaki kira-kira 20 minit melalui laluan hutan.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti luar, terdapat juga beberapa laluan trekking yang boleh diterokai sama ada secara sendiri atau bersama pemandu.

Pada waktu malam pula, pengunjung boleh menyertai aktiviti night walk untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di dalam hutan sambil melihat hidupan malam yang aktif selepas matahari terbenam.

Kebun Rimba turut menyediakan aktiviti menunggang kuda melalui kerjasama dengan Bidaisari Stables. Pengunjung juga boleh menikmati sesi yoga atau meditasi di dek terbuka sambil menikmati pemandangan lembah dan kawasan sekitar.

Selain itu, terdapat juga kolam renang infinity Sunset Cabana yang menyediakan pemandangan matahari terbenam yang cukup cantik.

Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan, kemudahan seperti bilik permainan, gimnasium serta kawasan barbeku turut disediakan.

Sesuai Untuk Pelbagai Acara

Kebun Rimba Private Estate bukan sahaja sesuai untuk percutian santai, malah lokasi ini juga sering menjadi pilihan bagi majlis perkahwinan, hari keluarga, program korporat serta aktiviti pembinaan pasukan.

Dengan suasana alam semula jadi yang mendamaikan serta pelbagai kemudahan yang disediakan, tidak hairanlah lokasi ini menjadi pilihan ramai yang ingin berehat seketika daripada kesibukan rutin harian.

Maklumat Ringkas

  • Lokasi: Janda Baik, Pahang

Sesuai Untuk:

  • Percutian keluarga
  • Pasangan
  • Hari keluarga
  • Team building
  • Retreat korporat
  • Majlis perkahwinan

Kalau kalian sedang mencari tempat untuk “healing”, menikmati udara segar dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang, Kebun Rimba Private Estate sememangnya antara tempat yang boleh pergi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
7
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
1
janda baikKebun Rimba Private Estatepahang
Share162Tweet101SendShare

KINI TRENDING

Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja. Malaysia Halal Lifestyle Festival...

Read moreDetails
pavilion bukit jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Mid-Autumn Bersama “Moonlight Glow”

by Nurul A.
September 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow– Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27...

Read moreDetails
LifeXplore

Kelantan, Kedah Hingga Johor, The Overlooked Malaysia Ajak Kita Lihat Sisi Lain Negara Sendiri

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Bila sebut tentang percutian, kita mungkin terus terbayang tiket kapal terbang, airport dan destinasi luar negara. Tetapi pernah tak kita...

Read moreDetails
Foto - Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya
LifeXplore

Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya Bawa Ritual ‘Kopi Dulu’ Sempena Hari Malaysia

by Nurul A.
September 15, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia esok, Palm Garden Hotel Putrajaya dengan bangganya mengumumkan Oriental Kopi sebagai rakan kongsi kopi bagi...

Read moreDetails
LifeXplore

Bazar Merdeka HABIB Kembali, Diskaun Emas Hingga RM50 Setiap Gram!

by Phic ARMAN
August 28, 2026

Bila sebut Merdeka, selain kibarkan Jalur Gemilang, ada juga yang mula fikir nak belanja diri dengan sesuatu yang lebih bermakna....

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
LifeXplore

REDMAGIC Astra 2 Rasmi Di Malaysia, Tablet Gaming 185Hz Pada Harga Bermula RM3,599

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Kalau anda jenis gamer yang boleh duduk berjam-jam depan skrin, isu seperti tablet panas, frame rate tak stabil atau bateri...

Read moreDetails
Foto - ARLINA AYOU
LifeXplore

Puteri Diraja Perlis Serikan Pembukaan Butik ARLINA AYOU Di The Curve

by Nurul A.
September 2, 2026

Rumah fesyen Malaysia, ARLINA AYOU menandakan pelancaran butiknya di The Curve, dimuliakan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Khatreena...

Read moreDetails
Foto - Pavilion Bukit Jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Semangat Merdeka Melalui “Living Unity- Together, Here”

by Nurul A.
August 18, 2026

Bersempena Merdeka ini, Pavilion Bukit Jalil mengundang para pengunjung untuk bersama-sama meraikan warisan budaya, kreativiti serta tradisi yang dikongsi rakyat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara