Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Adik Neelofa Bercinta Dengan Anak Menteri Bergelar Tan Sri

by Zaidin Albert
October 9, 2017
121
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama gadis ini semakin menjadi sebutan dikalangan netizen di media sosial. murai.my sendiri banyak memaparkan artikel mengenai gadis berdarah campuran ini. Lebih-lebih lagi, adik kepada selebriti Neelofa ini pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Sedang Bercinta

Ameera Khan, gadis berusia 16 tahun ini hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya. Terbaharu, gadis yang sering tampil seksi dalam Instagram ini sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bersama seorang jejaka kacak. Kekasih ke? murai.my hanya mampu meneka sahaja!

Sempena menyambut ulang tahun temannya yang ke 22 tahun, Ameera ternyata kelihatan mesra dan manja dengan jejaka ini. Sambil memegang dagu lelaki itu, Ameera menulis;

“Fav person on earth turns 22 today ✨ happy birthday boo ♥️ i love you @suhailzulhasnan”

Anak Lelaki Kepada Bekas Menteri

murai.my diberitahu, lelaki ini dikenali sebagai Suhail Zulhasnan, merupakan anak lelaki kepada Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique yakni merupakan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.

Menurut dari pencarian google oleh murai.my, beliau juga adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang berkhidmat dari 8 Mac 2008 hingga 9 April 2009 dan bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Di peringkat akar umbi UMNO, beliau adalah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, kemudian diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khabar Angin?

Sehingga kini, Ameera tidak pernah memberitahu media tentang hubungan cintanya. Namun, jika khabar angin ini benar, murai.my rasa apa salahnya untuk Ameera dan Suhail bercinta. Usia muda bukanlah satu masalah. Yang penting adalah kasih sayang dan cinta.

Baby Shima Pertikai Status Jawa Sebagai Melayu, Netizen Kaitkan Semula Isu Ameera Khan
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ameera khanmenterineelofa
https://lomp.at/yatx2
Share48Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem