Walaupun AF Megastar sudah melabuhkan tirainya, namun kebanyakan netizen masih lagi bercakap mengenai rancangan realiti televisyen paling lama berlangsung di Malaysia yang turut menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records. Di sebalik ramai yang mempertikaikan mengenai hadiah yang ditawarkan, 10  fakta ini  murai.my percaya ramai di antara anda masih tidak mengetahuinya.

1. Hadiah Sama Rata

Tahukah anda walaupun hanya hadiah juara sahaja yang diumumkan 4 lagi finalis AF Megastar iaitu Syamel, Marsha, Bob dan Shahir turut diberikan hadiah saguhati sama rata sebagai tanda penghargaan kepada mereka berempat.

2. Kesemua Peserta Diberi Elaun Persembahan

Ternyata AF Megastar punyai kelainannya tersendiri. Kesemua peserta yang bertanding bukan sahaja sekadar membuat persembahan, malah mereka diberi elaun mengikut harga( rate card) persembahan mereka di luar.

3. Markah Sebenar Idayu

Buat anda yang tertanya berapakah markah yang diperolehi Idayu ketika di pentas akhir AF Megastar, secara keseluruhan markah Idayu adalah 59.9% sedikit tinggi berbanding konsert separuh akhir yang memperoleh 59.1%

4. Air Mata Jantan

Malam akhir AF Megastar juga memperlihatkan Syamel dan Shahir mengalirkan air mata mereka usai membuat persembahan.

IKLAN

Adakah drama semata -mata? Namun begitu mereka menolak dakwaan tersebut sebaliknya berasa sebak dengan bait lirik lagu yang mereka nyanyikan.

5. Lampu Persembahan Bob

Jika anda perhatikan pada kedua-dua persembahan Bob pada konsert akhir, Bob hanya menggunakan lampu sebagai perhiasan pentasnya.

Tetapi perasan atau tidak, kedua-dua lampu tersebut berbeza saiz dan warna? Mungkin ada makna yang tersirat!

6. Lagu Keramat Menuju Puncak Himpunkan Pelajar Akademi Fantasia

Tidak lengkap Akademi Fantasia tanpa lagu Menuju Puncak. Pada kali ini, bukan sahaja pelajar AF Megastar menyanyikan lagu tersebut, malah bekas pelajar Akademi Fantasia terdahulu seperti Reshma AF2016, Daus AF8, Aril AF7, Amylea AF3 dan Rosma AF1 turut membuat persembahan.

IKLAN

7. Standing Ovation Datuk Ramli MS

Sepanjang berlangsungnya rancangan realiti tv yang diadili oleh Datuk Ramli MS sebagai juri profesional, AF Megastar mencatat sejarahnya sendiri apabila beliau berdiri buat kali pertama memberi penghormatan (standing ovation) kepada Idayu

8. Serba Hitam

Sedar atau tidak sewaktu Pak Nil mahu mengumumkan siapakah juara AF Megastar, kesemua mereka termasuk pengurus besar rangkaian Astro dan Pak Nil sendiri memakai serba hitam. Adakah tema atau ianya hanya kebetulan?

9. ‘Mengapa’ Farah AF2 Masih Berbisa

Sewaktu red carpet berlangsung, Farah AF2 atau Farah Anuar dijemput membuat persembahan dengan menyanyikan lagu keramatnya ketika di Akademi Fantasia, Mengapa. Ternyata masih berbisa!

10. Kedua-dua Amir Tersingkir 

AF Megastar juga menyaksikan buat kali pertama dua peserta yang mempunyai nama sama, Amir Jahari dan Amir Masdi dihimpunkan dalam pentas yang sama dan turut tersingkir pada minggu yang sama.

Kredit : Syazwan Rahman

Gambar Instagram Akademi Fantasia Megastar 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry