Tahun 2017 menyaksikan ramai selebriti tanah air berkongsi berita gembira dengan membawa perkhabaran menerima orang baru dalam keluarga mereka. Malah murai.my turut menyenaraikan 5 selebriti yang bakal bersalin pada tahun hadapan.

Che Ta Hamil Dua Bulan?

Terbaru, menerusi sumber Utusan Online, tersebar berita mengenai pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta yang dikatakan bakal menimang cahaya mata keempat. Malah di Instagram Che Ta, rata-rata peminat turut menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Khabar angin mengenai kehamilan Che Ta tercetus apabila jurugambar Annas Easkey menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat adik Aaisyah nanti.

Belum Bersedia Umum Kehamilan

Menurut sumber juga, kenalan rapat Che Ta berkata, pelakon tersebut belum bersedia mendedahkan kehamilannya yang bakal memasuki bulan kedua kerana masih berada di peringkat awal.

IKLAN

Walaubagaimanapun pengurus Che Ta menafikan dakwaan tersebut dan tiada pengesahan secara rasmi dari Che Ta mahupun suaminya Zain Saidin. Sebelum ini Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil perkahwinan terdahulu dan bersama Zain, beliau mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Aaishah Dhia Rana.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry