Semalam industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita mengenai pelakon yang juga anggota rancangan Korea popular 2 Days 1 Night, Kim Joo Hyuk yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Kereta Joo Hyuk Terbakar

Menurut laporan dari media Korea, kejadian yang berlaku di Samseong-dong kereta Mercedes-Benz jenis SUV yang dipandu oleh Kim Joo Hyuk telah hilang kawalan dan berpusing sebelum melanggar dinding sebuah apartment di kawasan kejiranan disitu. Malah, kereta mewah tersebut juga telah terbakar kerana impak kemalangan itu. Walaupun terbakar, Joo Hyuk sempat dibawa keluar dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Meninggal Di Hospital

Khabar berita terus menyelubungi industri hiburan korea apabila usaha menyelamat pelakon berkenaan menemui kegagalan dan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 petang. Sebelum ini, Joo Hyuk sedang hangat bercinta dengan pelakon Lee Yoo Young dan impian mereka untuk berkahwin pada hujung tahun ini tidak kesampaian.

Sumber : Deadline.com

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry