Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zul Ariffin Sah Putus Cinta Dengan Zahirah Macwilson ?

by Khai Azfar
November 12, 2017
Share on Facebook

Sebelum ini, kami di murai.my ada menyiarkan kisah mengenai hubungan Zul Ariffin dan kekasihnya, Zahirah Macwilson yang dikatakan retak kerana Zul menganggap Zahirah terlalu mengikut perasaan sehingga tidak menghubunginya hampir 3 minggu lamanya.

Zul Rela Putuskan Hubungan

Terkini menerusi sumber yang diperolehi dari BHOnline, Zul memberitahu beliau sedia menamatkan hubungan mereka di pertengahan jalan dek andai hubungan itu tidak direstui bapa Zahirah.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Zul sendiri selepas mendakwa bapa Zahirah, Zainol Macwilson, memuat naik kenyataan sinis mengenai Zul hingga ada pihak mendakwa hubungan mereka dingin dan merupakan punca Zul dan Zahirah sehingga kini tidak berkahwin. Malah difahamkan juga Zul jarang memuat naik gambar bersama, kerana ingin menjaga hati bapa Zahirah.

“Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan. Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri”

Zainol Macwilson Hanya Bergurau

Namun berlainan pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainol kerana beliau mengangga kenyataan yang dikeluarkan hanyalah gurauan semata – mata dan menafikan hubungan beliau dan Zul bermasalah. Tinjauan terkini kami mendapati Zul sekali lagi menyahaktifkan Instagram beliau. Kasihan pula kami lihat Zul yang terkena tempias kontroversi yang melibatkan Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah. Apa pun diharap pengakhirnya baik – baik sahaja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
zahirah macwilsonzainol macwilsonZul Ariffin
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara