Menangi Tiket Ke Tayangan Perdana Filem Daddy’s Home 2

1

Yes!Your Daddy Are Back! Buat anda yang mengikuti filem Daddy’s Home sebelum ini, berita baik untuk anda kerana sekuel filem ini bakal ditayangkan pada hujung November ini.

Sinopsis Daddy’s Home 2

Daddy’s Home yang mula ditayangkan pada 2015 kini kembali dengan pelbagai aksi yang lebih melucukan! Mengekalkan pelakon utama nya, Mark Walhberg dan Will Ferrel dalam Daddy’s Home 2 bakal menceritakan kisah mengenai kedua-dua bapa ini mengingikan Hari Krismas yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, mereka telah bersetuju untuk menyambutnya sekali dan turut menjemput bapa masing-masing untuk raikan Hari Krismas.

Akan tetapi segala-galanya bertukar menjadi huru-hara apabila kedua -dua bapa yang berlainan perangai ini mula menunjukkan perangai pelik masing- masing. Filem yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga ini pasti akan membuatkan anda tidak akan kering gusi!

Tiket Wayang Untuk Dimenangi

Khas untuk anda yang ingin menonton filem ini bersama yang tersayang, murai.my bawakan beberapa tiket eksklusif untuk anda menangi ke Tayangan Perdana Filem Daddy’s Home 2 pada 28 November ini di TGV One Utama.

Caranya hanya menjawab beberapa soalan mudah dari kami dan anda mungkin adalah pemenangnya.

IKLAN

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsikan artikel ini di Facebook dan tag nama rakan yang anda akan bawa menonton bersama.
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif .
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 26 November 2017.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di TGV One Utama pada 28 November 2017.