Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan tayangan kisah romantik, persaingan, persahabatan dan komedi klasik apabila cerita-cerita kegemaran kamu kembali dengan musim baharu.
Tayangan Baharu Netflix Pada Oktober Ini
“The Ramparts of Ice: Season 2” bakal menemui penonton pada 1 Oktober, menyambung kisah perjalanan penuh liku Koyuki, Minato, Miki, dan Yota di tengah-tengah perubahan perasaan serta hubungan persahabatan yang tegang.

Pada 4 Oktober, “Blue Box: Season 2” kembali dengan kisah Taiki dan Chinatsu yang mendepani perasaan yang kian berkembang serta persaingan sengit, manakala “Ranma1/2: Season 3” menampilkan lebih ramai pesaing, insiden kelakar, dan rancangan huru-hara yang melibatkan Ranma dan Akane.

Melengkapkan senarai ini, “My Happy Marriage: Season 2 Special Episodes” hadir pada 25 Oktober; ia mengisahkan Miyo Saimori menemui kekuatan terpendamnya selepas bertemu bakal suaminya, Kiyoka Kudo.

Selain anime, bulan Oktober turut menampilkan “East of Eden” menemui penonton pada 1 Oktober, memulakan kisah epik tentang keluarga, cita-cita, dan persaingan yang merentasi dua generasi, manakala “Animals” hadir pada 9 Oktober, mengisahkan perjuangan sepasang suami isteri yang berlumba dengan masa selepas anak lelaki mereka diculik.

Peminat siri kegemaran yang kembali juga mempunyai banyak perkara untuk dinantikan, dengan tayangan perdana “The Diplomat: Season 4” pada 15 Oktober, “Nobody Wants This: Season 3” pada 22 Oktober, dan “Lupin: Season 4” pada 23 Oktober.

Bagi mereka yang menggemari drama, “Doing Life” menemui penonton pada 2 Oktober, meneroka ikatan unik yang terjalin melalui surat-menyurat, manakala “Take Charge of My Heart” (9 Oktober) menggabungkan elemen romantik dengan sentuhan fiksyen sains.

“Did Someone Happen to Mention Me?” pula hadir pada 22 Oktober dengan kisah tentang cita-cita, pengiktirafan, dan usaha untuk memulakan hidup baharu.

Bulan Oktober turut menampilkan sisi yang lebih kelam menerusi “Below” (8 Oktober), “Balaraw: Blood Island‘ (29 Oktober), dan ‘Black Bag‘ (29 Oktober), yang menyajikan makhluk misteri, rahsia menyeramkan serta plot yang penuh kejutan mendebarkan.

Untuk dokumentari pula ialah “Schumacher ’94- The Birth of a Legend” pada 2 Oktober, yang mengimbas kembali kejayaan bersejarah Michael Schumacher merangkul Kejuaraan Dunia pertamanya, serta “TYSON” pada 13 Oktober, sebuah dokumentari yang menelusuri kehidupan dan kerjaya penuh dramatik legenda tinju, Mike Tyson.

Jangan lupa strim di atas di Netflix!











