Berakhirnya kisah perkahwinannya dengan Sultan Brunei dalam tempoh yang lalu bukanlah titik noktah bagi bekas personaliti tv, Azrinaz Mazhar Hakim. Hasil perkahwinan terdahulu, Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Sudah Berhijab

Agak lama juga Azrinaz atau lebih mesra disapa sebagai Naz menghilangkan diri. Kini, beliau sudah kembali dengan penampilan terkininya yang sudah berhijab. Lihat saja gambar – gambarnya yang terkini, kelihatan begitu bergaya dan juga elegan.

IKLAN

Gosip Percintaan

Naz kini kelihatan sibuk memenuhi jemputan menghadiri pelbagai acara di dalam dan luar negara. Malah ‘comeback’ nya itu juga turut hangat diperkatakan sedang bercinta dengan ikon fesyen, Wak Doyok.

Akan tetapi terdapat pula spekulasi mengatakan mereka hanyalah berkawan dan tidak kurang juga yang mengatakan mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Jika mereka masih lagi sedang bercinta, murai.my berasakan mereka adalah pasangan ikon fesyen yang sangat ideal!