Monday, June 23, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi Automotif

[VIDEO] PRO-NET Raikan ‘The Real e.MAS’ Sempena Hari Ibu

by Naddy Joe
May 20, 2025
Share on Facebook

Sempena Hari Ibu, PRO-NET menganjurkan sebuah program gaya hidup eksklusif untuk menyerlahkan bagaimana Proton e.MAS 7 menjadi sebahagian daripada kehidupan wanita moden.

Bertemakan “The Real e.MAS Drive”, program ini bukan sekadar meraikan kehebatan sebuah kenderaan elektrik tetapi juga menghargai wanita-wanita hebat yang menjadi sumber inspirasi daripada para ibu, wanita bekerjaya hinggalah kepada wira harian yang menjalani hidup dengan penuh ketabahan.

Diadakan pada 14 Mei 2025, program ini mengumpulkan wakil media gaya hidup dan pempengaruh untuk satu hari aktiviti memandu, gaya hidup sihat, serta pengalaman langsung bersama kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia selama empat bulan berturut-turut.

Hari Beraspirasi & Gaya Hidup Sihat

Para media dan pempengaruh berkumpul di PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam, untuk sesi taklimat produk yang menerangkan kelebihan utama dan kemampuan e.MAS 7, diikuti dengan taklimat keselamatan.

Setelah itu, konvoi dimulakan untuk pemanduan santai menuju destinasi ke Tiarasa Escapes di Janda Baik. Sepanjang perjalanan, para media dan pempengaruh dapat menikmati ruang dalaman e.MAS 7 yang luas dan selesa, sambil kagum akan teknologi moden dan ciri keselamatan yang canggih pada kenderaan ini.

Dibina dengan fokus utama pada keselamatan, e.MAS 7 dilengkapi dengan Level 2 ADAS dan mendapat penarafan keselamatan 5 bintang ANCAP, memberikan ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang. Selain itu, ia juga antara yang terbaik dalam kelasnya dari segi keselamatan untuk penumpang kanak-kanak dan orang dewasa.

Setibanya di Tiarasa Escapes, para media dan pempengaruh menikmati sesi yoga yang dikendalikan oleh The Flow Studio, diiringi dengan alunan alam semula jadi yang menenangkan.

Salah satu aktiviti menarik dalam program ini ialah demonstrasi Vehicle-to-Load (V2L), di mana e.MAS 7 digunakan untuk membekalkan tenaga kepada Vitality Juice Bar, menunjukkan betapa serbagunanya kenderaan ini dan sesuai untuk gaya hidup aktif.

Ciri V2L membolehkan kenderaan ini menyokong pelbagai peralatan elektrik seperti pemanggang elektrik, lampu mudah alih, dan kipas penyejuk, menjadikannya teman sempurna untuk percutian keluarga hujung minggu atau pengembaraan luar.

Dalam perjalanan pulang, konvoi e.MAS 7 singgah sebentar di Bamboo Hills untuk sesi demonstrasi pengecas laju DC Handal. Para media dan pempengaruh berpeluang merasai sendiri kehebatan pengecasan pantas DC yang terbaik dalam kelasnya, di mana bateri boleh dicas dari 30% hingga 80% dalam masa hanya 20 minit.

Malah, dengan pengecasan selama 10 minit, jarak pemanduan boleh ditambah sehingga 135 km, menjadikan pengisian semula yang cepat semasa berhenti rehat sangat mudah dan praktikal.

Pemandu e.MAS 7 tidak perlu risau tentang kebimbangan jarak perjalanan kerana akses ke stesen pengecasan sangat mudah melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang memaparkan semua Operator Stesen Pengecasan.

Dengan peta integrasi ini yang boleh diakses melalui Aplikasi Proton e.MAS, anda boleh mencari, mendapatkan arah, dan membuat bayaran pengecasan semuanya dalam satu platform.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Untuk maklumat lanjut tentang Proton e.MAS 7 Prime, sila layari laman web Proton e.MAS serta saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

proton e.MASProton e.MAS 7
https://lomp.at/bq8os
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem