Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Seperti Di Istana! Pasangan ‘Viral’ Akhirnya Berkahwin

by Khai Azfar
November 26, 2017
Share on Facebook

Masih ingat dengan pasangan yang tular kerana hubungan romantis mereka? Sebelum ini murai.my turut menyiarkan kisah mengenai mereka dimana pasangan ini, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina sekali lagi tular kerana video pra perkahwinan mereka turut dipuji netizen akan kecantikannya.

Selamat Diijabkabulkan

Semalam, pasangan ini telah selamat bernikah dan diijabkabulkan dalam sebuah majlis perkahwinan yang begitu meriah. Seperti jangkaan kami, perkahwinan mereka dilihat begitu eksklusif seperti di sebuah Istana.

Bermula dengan menaiki limosin seperti yang pernah tular sebelum ini, kedua – dua pengantin ini kemudiannya berjalan di atas karpet merah ke tempat bersanding dengan set persalinan yang begitu cantik seperti putera dan puteri diraja dalam filem fantasi.

Hafiz Tolak Anggapan Wedding Of The Year

Jika pengantin paling cantik versi tidak bertudung milik Izara Aishah, mungkin bagi versi bertudung anda boleh lihat pada Syafiqah Aina yang begitu anggun memakai baju berwarna perak serta mahkota. Segala – galanya kelihatan sempurna!

Walaupun ramai yang menganggap perkahwinan mereka seperti Wedding Of The Year, Hafiz menerusi Instagram nya, menolak dakwaan tersebut dan menganggap semuanya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

” “Wedding Of The Year”
Aku kurang bersetuju dengan “wedding of the year” seolah olah sesuatu majlis itu adalah pertandingan. Tak kira siapa pun, jangan membezakan majlis kita dengan orang lain. Disebabkan perkara macamnilah yang boleh “makan diri sendiri”

Buat sekadar mampu yang tidak menyusahkan orang lain, keluarga, atau menyebabkan berhutang & sebagainya. Jangan pernah ada sifat malu, kerana itu majlis anda, hari anda

Pendapat saya, untuk sesebuah majlis, kemeriahannya bukan dari kemewahan sesebuah majlis. Tapi dari segi pengisian atau kenangan yang kita dapat ingat pada hari indah itu

Berdiri atas kaki sendiri, guna titik peluh sendiri. Kemeriahan & keindahannya pasti akan datang”

Adakah pasangan ini akan terus menghasilkan video dan gambar yang tular? Apa pun, kami di murai.my mendoakan yang terbaik dan tahniah buat pasangan raja sehari ini!

Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-"Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena.."
hafiz mahamadsyafiqah aina
https://lomp.at/wrqgd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara