Pencapaian Khai Bahar dalam dunia nyanyian nampaknya semakin berkembang. Selepas dia diumumkan untuk menjadi salah satu pesaing berentap di Anugerah Juara Lagu akan datang, kini dia mendapat tawaran projek terbaru di Indonesia.

https://www.instagram.com/p/BWFNGxRAH0h/?hl=en&taken-by=khaibahar_94

Menurut laporan dari Berita Harian Online, Khai Bahar bakal keluar dangan 2 lagu baru untuk runut bunyi filem dari Indonesia iaitu Haji Kecil.

“Kunjungan saya ke Indonesia antara lain berbincang mengenai projek lagu runut bunyi filem Haji Kecil.

https://www.instagram.com/p/BaTfFU3glnt/?hl=en&taken-by=khaibahar_94

“Belum dapat dipastikan bila proses rakaman bermula dan lokasi studio. Saya juga belum mendapat maklumat mengenai judul single dan masih menunggu kata putus.

“Mengikut perancangan awal, saya dijangka merakamkan dua lagu. Namun, ketika ini hanya sebuah lagu diputuskan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

IKLAN

Selain merangkul anugerah artis baru paling popular baru-baru ini, Khai juga memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah Meletop Era dan Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular 2017.

Sumber BH online