Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Joe Flizzow Memang Dah Bersedia Untuk Dikecam

by Khai Azfar
December 20, 2017
Share on Facebook

Nama Joe Flizzow rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak dahulu, lagunya pasti akan menambat hati para pendengar. Hari ini murai.my mendekati dengan lebih dekat  ‘otai rappers’ ini.

Perkembangan Terbaru

Berkongsi mengenai perkembangannya yang terkini, menurut Joe atau nama sebenarnya Johan bin Ishak kini sedang sibuk menjalani penggambaran dan mempromosikan rancangan travelogue nya yang akan disiarkan tidak lama lagi. Hampir 17 tahun bertapak dalam industri, menurut figura yang terkenal dengan lagu Havoc ini, beliau  kini hadir dengan single terbarunya Drop selepas 9 tahun sepi tanpa sebarang karya bahasa Inggeris.

YouTube video

Sedia Dikecam

Lagu berbahasa Inggeris itu merupakan sebuah karya terbitan Alif SleeQ dan diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia Chris Athens. Manakala klip video arahan Shimy Julaini pula telah menjalani penggambaran di Phuket, Thailand. Bercakap mengenai video klip tersebut ianya mula jadi bualan apabila terdapat penampilan wanita berbikini dalam klip videonya itu.

“Ya, saya sudah bersedia dan sudah ada beberapa komen yang kurang enak didengar. Apapun, saya tidak kisah dengan komen tersebut dan saya hanya mahu fokuskan promosi ini lagu ini sahaja”

Jadi Inspirasi Golongan Muda

Dalam perkembangan lain, Joe yang juga dipilih sebagai jurucakap program SLIM sebelum ini berasa terharu kerana terdapat golongan muda yang ingin mencontohi beliau.

“Saya sebenarnya berasa terharu kerana ada yang ingin jadikan saya sebagai inspirasi. Saya bukanlah sesiapa tapi satu perkara yang golongan muda kini perlu tahu, pergilah merantau dan mencari pelbagai ilham. Rahsia saya untuk berjaya, jadilah diri anda sendiri dan sentiasa rendah diri”

Tambah Joe ketika ditanya mengenai bakat-bakat baru yang datang dari aplikasi atas talian pula, beliau tidak menolak saingan sememangnya datang dari mereka yang ‘lahir’ hasil dari perkembangan teknologi yang jauh lebih pantas. Akan tetapi, beliau menganggap ianya adalah persaingan yang sihat dan menganggap mereka hebat.

dropjoe flizzow
https://lomp.at/ydh2v
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara