Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Super Hero Grant Gustin atau ‘The Flash’ Di Sabah Untuk Bernikah

by Zaidin Albert
December 29, 2017
Share on Facebook

Wow! ‘The Flash’ kini di Malaysia? Ya, beliau kini berada di Sabah bersama buah hatinya. Menerusi Instagram, khabarnya jejaka kacak yang popular dengan watak The Flash dalam siri TV ini bersama dengan tunangnya, dengan latar belakang sebuah bangunan kecil. Ramai orang Sabah dapat mengenalpasti bahawa mereka berada di Kota Kinabalu.

https://www.instagram.com/p/Bc1cAbwn8qa/?taken-by=grantgust

Thomas Grant Gustin, 28, lebih dikenali sebagai Barry Allen a.k.a Flash superhero, berada di Sabah sejak 17 Disember yang lalu, dan kembali ke Amerika Syarikat bersama isterinya..

Gustin berada di Kota Kinabalu bagi melangsungkan perkahwinan mengikut adat keluarga isterinya Andrea Thoma, 29, iaitu merupakan kaum Kadazan.

https://www.instagram.com/p/Bb2btGWhEi1/?taken-by=grantgust

Gustin dan Thoma, semasa ditemui pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah pada 23 Disember, kedua-duanya bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai negeri dan budaya Kadazandusun. Gustin berkata ini adalah kali pertama dia ke negara ini, dan dia akui di sini sangat cantik.

https://www.instagram.com/p/BaDQKV0hxAD/?taken-by=grantgust

Gustin berkata beliau telah mempelajari beberapa perkataan Kadazan yang mudah termasuk Kotohuadan yang bermaksud terima kasih dan Aramaitii! (perkataan yang digunakan semasa perayaan bermaksud “sorakan”).

Perkahwinan adat berlangsung di rumah keluarga mereka di Kg Kolopis Penampang pada hari Rabu dihadiri hanya segelintir sahabat dan keluarga termasuk ibu bapa.

https://www.instagram.com/p/BZbxpQKhsJ1/?taken-by=grantgust

Pasangan itu merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan mereka di Amerika Syarikat pada tahun depan.

Mereka sebenrnya mula berkenalan sekitar Januari 2016 dan khabar pertunangan pasangan tersebut yang diumum pada 29 April lalu namun hanya menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan. Gustin merupakan anak seorang profesor kolej dan jururawat pediatrik di Virginia, Amerika Syarikat. Selain watak hero dalam The Flash dan Arrow sehingga kini, dia pernah berlakon dalam siri popular, Glee dari 2011 hingga 2013.

Keliru Dengan Skim Insurans Rakyat Sabah 2026? Ini 5 Hal Yang Perlu Anda Fahamkan

https://www.instagram.com/p/BVi_JM1BGZ0/?taken-by=grantgust

Sumber MMO, The Star. Via Hype malaysia

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Andrea ThomaGrant Gustinsabahthe flash
https://lomp.at/m55y2
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara